• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

TIPS: 6 tanda perlu dapatkan laptop baru

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:32 pm
  • 09/01/2022
  • Komen
Microsoft Surface Laptop Studio ada rekaan unik dan spesifikasi premium
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun laptop anda masih berfungsi ketika digunakan, tetapi di sebaliknya ia mungkin mempunyai tanda-tanda anda perlu dapatkan laptop yang baru. Contohnya, anda baru 10 minit hidupkan laptop, tetapi ia sudah mula menghasilkan rasa panas dan aplikasi didalamnya pula beroperasi dengan perlahan. Hal ini sudah tentu akan menyebabkan anda tidak dapat menggunakan laptop dalam jangka masa yang lama dengan baik.

Sebelum laptop anda rosak secara tiba-tiba, lebih baik anda periksa sama ada salah satu dari 6 tanda ini ada atau tidak pada laptop anda. Jika ada, maka anda perlu bersiap sedia menggantikan laptop anda dengan yang baru.



1. Komponen laptop rosak

Anda sebaiknya tukar kepada laptop yang baru apabila terdapat kerosakan pada banyak komponen laptop contohnya LCD, butang kuasa, port usb, pembaca kad memori, jek audio dan pembesar suara. Jika anda ingin baikinya, anda perlu pertimbangkan kos yang akan dikeluarkan. Jika ia adalah komponen penting, mungkin harganya akan mahal. Maka dalam hal ini, lebih berbaloi jika anda dapatkan laptop baru yang hadir dengan komponen-komponen lebih canggih.

2. Laptop terlalu panas

Adakah laptop anda panas walaupun baru digunakan? Kemudian ia diikuti pula dengan aplikasi yang beroperasi sangat perlahan. Apabila laptop semakin berusia, ia boleh mengalami masalah berkaitan haba dan menunjukkan simptom seperti itu. Hal ini juga berlaku disebabkan komponen dalaman yang sudah lama.



Jika ia adalah laptop yang murah, antara sebab ia menjadi cepat panas ialah kerana sistem penyejukannya lemah, komponen telah mengalami tekanan haba lebih daripada yang sepatutnya dan banyak habuk telah terkumpul di dalam. Maka ini akan mengakibatkan kipas sukar berfungsi untuk mengekalkan keadaan sejuk di dalamnya.

Sumber

Ia mungkin boleh dibaiki, namun kosnya agak mahal dan tidak berbaloi untuk laptop yang lama. Oleh itu, lebih baik jika anda dapatkan laptop baru sahaja.

3. Skrin bermasalah

Bagaimana untuk gunakan laptop jika skrin tidak berfungsi dengan baik? Contohnya, skrin berkelip apabila anda hidupkan laptop, skrin retak, satu bahagian skrin rosak atau paparan tidak berfungsi sepenuhnya. Jika skrin laptop anda mengalami masalah besar, ia mungkin perlu diganti dengan skrin baharu. Untuk kegunaan jangka masa lama, dapatkan laptop baharu adalah keputusan yang baik.

Ashkan Forouzani Unsplash
Sumber

4. Laptop sudah lama & sistem operasi tak boleh dikemaskini

Kebiasaannya, apabila laptop mula perlahan, ia berlaku kerana perkakasnya sudah berusia atau sistem operasi tidak dikemaskini. Maka anda perlu periksa kemaskini sistem operasi laptop, contohnya Windows 10, Windows 11 dan MacOS. Tetapi jika sistem operasi tidak boleh dikemaskini lagi, itu bermakna anda perlu dapatkan laptop baru supaya ia boleh beroperasi dengan cekap dan ada keselamatan yang lebih baik.

5. Papan kekunci tak berfungsi dengan baik

Apabila papan kekunci komputer tidak berfungsi dengan betul atau kekunci tertentu berhenti berfungsi, anda boleh baikinya dengan kos yang tidak begitu mahal. Tetapi, oleh kerana laptop mempunyai papan kekunci yang terbina di atasnya, proses untuk membaiki lebih sukar. Maka, anda boleh pertimbangkan untuk dapatkan laptop yang baru.

6. Hayat bateri singkat

Kapasiti maksimum yang boleh diisi dalam bateri boleh berkurangan dari masa ke masa apabila ia dicas berulang kali. Ketika anda mula-mula membeli laptop, bateri boleh bertahan selama berjam-jam dan tempoh itu berkurangan setelah lama anda menggunakannya. Ia akhirnya akan membuatkan laptop anda tidak bertahan lebih dari 10 minit walaupun baru dicas penuh. Ini bermakna anda tidak boleh menggunakan laptop dengan berkesan tanpa sambungkan pengecas pada soket kuasa.

Hal ini sangat merumitkan, lebih-lebih lagi apabila anda perlu lakukan kerja di luar kawasan yang tidak mempunyai soket kuasa. Anda masih boleh selesaikannya dengan menggantikan bateri, tetapi kebanyakan bateri sekarang terbina di dalam, jadi kos yang dikenakan mungkin tinggi. Oleh itu, jika laptop anda mempunyai masalah ini, dapatkanlah laptop baru.

Dengan berpadukan kepada 6 tanda ini, anda boleh periksa sama ada laptop anda perlu diganti dengan yang baru atau tidak. Pelbagai jenis laptop ada di pasaran sekarang, anda boleh pilihnya mengikut bajet dan spesifikasi diperlukan.

Contohnya, jika mahu laptop dengan hayat bateri yang panjang, anda boleh dapatkan Acer Aspire Vero yang didatangkan dengan bateri yang mampu bertahan selama 7 jam dengan sekali cas penuh. Kemudian, jika mahu laptop yang mudah dibawa, anda boleh pertimbangkan Realme Book laptop yang dicipta dengan ketebalan hanya 14.9mm dan berat hanya 1.38kg, ia nipis dan ringan.

[Sumber: Techradar]

Tags: komputerlaptoptips
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Microsoft Surface Laptop Studio ada rekaan unik dan spesifikasi premium

TIPS: 6 tanda perlu dapatkan laptop baru

9 January 2022
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER