• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dapatkan pek SIM Yes 5G percuma sekarang dan nikmati 5G tanpa had, ini cara memohon

  • OLEH Najib
  • 6:39 pm
  • 11/01/2022
  • Komen
Dapatkan pek SIM Yes 5G percuma sekarang dan nikmati 5G tanpa had, ini cara memohon
Share on FacebookShare on Twitter

Digital Nasional Berhad (DNB), pemegang lesen 5G tunggal di Malaysia telah melancarkan perkhidmatan 5G pada 15 Disember lepas. Buat masa ini, hanya YTL Communication menggunakan perkhidmatan tersebut dan kini mereka menawarkan pek SIM 5G Yes percuma untuk pengguna di Malaysia.

Orang ramai boleh mendapatkan pek SIM Yes FT5G Prepaid Discover secara percuma, dari 10 Januari sehingga 14 Februari 2022. Pek ini menyediakan perkhidmatan internet 5G tanpa had kuota, menerusi tawaran yang disediakan DNB.



Untuk mendaftar, ia perlu dibuat secara dalam talian di laman web Yes FT5G dengan mengisi maklumat peribadi dan butir penghantaran. Tiada bayaran diperlukan dan pek SIM akan dihantar terus ke tempat anda.

Tetapi perlu diingat, anda memerlukan peranti 5G yang serasi kerana buat masa ini, kebanyakan peranti 5G Samsung dan iPhone masih tidak menyokongnya. Bagaimanapun, majoriti peranti 5G daripada jenama China seperti Xiaomi, Oppo, Vivo, Realme, Huawei, Honor dan ZTE, diiktiraf serasi untuk menggunaan rangkaian 5G oleh DNB.



Selain data 5G tanpa had, pek SIM Yes FT5G Prepaid Discover turut memberikan 10GB data 4G, panggilan tanpa had ke talian YES serta SMS tanpa had ke talian YES. Pek SIM ini sah selama 30 hari tetapi anda boleh terus menggunakannya selepas tempoh percubaan 5G tamat.

Buat masa ini, YES menawarkan pelan prabayar 5G tanpa had berharga RM30/bulan dan ia turut memberikan data 4G tanpa had dengan kelajuan disekat ke 7Mbps. Seperti yang dimaklumkan tadi, promosi 5G tanpa had oleh YES ini tertakluk kepada tawaran yang dijalankan oleh DNB, iaitu akses 5G tanpa had sehingga 31 Mac 2022.

YES menggunakan rangkaian 5G DNB dan liputan 5G ini masih terhad di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putrajaya. DNB menjanjikan kelajuan minimum 100Mbps pada kawasan di hujung liputan. Jika anda berada di lokasi terbaik, kelajuan muat turun boleh mencapai lebih 1Gbps.

Memandangkan rangkaian 5G masih baru di Malaysia, liputannya sangat terhad dan pengguna mungkin berhadapan masalah apabila bertukar rangkaian antara 4G dan 5G. Anda boleh dapatkan pandangan awal tentang kualiti rangkaian 5G di Malaysia menerusi rakan kami di SoyaCincau.

Bacaan Berkaitan

  • DNB lancar 5G di Malaysia, Yes jadi penyedia 5G pertama
  • Senarai penuh peranti 5G yang menyokong rangkaian 5G DNB, iPhone dijangka tahun hadapan
  • Pelan Yes untuk 5G tanpa had terdedah, dari RM30/bulan
  • DNB sedia 5G percuma selama 3 bulan mulai 15 Disember, tertakluk kepada kesediaan telco
Tags: 5gprabayar yesYESyes 5g
Najib

Najib

POPULAR

Dapatkan pek SIM Yes 5G percuma sekarang dan nikmati 5G tanpa had, ini cara memohon

Dapatkan pek SIM Yes 5G percuma sekarang dan nikmati 5G tanpa had, ini cara memohon

11 January 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER