• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Galaxy S22 akan dilancar dan mula dijual pada bulan Februari

  • OLEH Najib
  • 11:58 am
  • 11/01/2022
  • Komen
Siri Galaxy S22 akan dilancar dan mula dijual pada bulan Februari
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah banyak maklumat terbocor tentang siri Galaxy S22, termasuk rupa, model, spesifikasi serta anggaran hari pelancarannya. Tarikh yang tepat tentang perasmiannya masih belum diketahui, tetapi kini sudah ada laporan rasmi yang menyebut tentangnya.

Laman berita daripada Korea Selatan sendiri, DDaily menyatakan bahawa Samsung Electronics telah mengesahkan bahawa pelancaran siri Galaxy S22 akan diadakan pada 8 Februari 2022. Ia diikuti dengan tempahan awal bermula 9 Februari dan jualan hari pertama jatuh pada 24 Februari 2022.



Tambahnya lagi, majlis pelancaran “Samsung Galaxy Unpacked 2022” akan diadakan secara maya sahaja, pada 8 Februari nanti. Jemputan ke acara ini akan dihantar pada penghujung bulan Januari.

Laporan ini menguatkan lagi desas-desus yang mengatakan siri Galaxy S22 akan dilancar lebih awal daripada pameran Mobile World Congress (MWC) 2022, yang berlangsung dari 28 Februari hingga 3 Mac 2022. Samsung sebelum ini sering menggunakan platform MWC sebagai pentas pelancaran siri Galaxy S, yang terakhir siri Galaxy S7 sebelum berubah kepada melancarkannya sendiri pada waktu lebih awal daripada MWC.



Sumber

Samsung dikhabarkan akan memperkenal tiga model di dalam keluarga Galaxy S22 iaitu Galaxy S22, Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra. Galaxy S22 dan Galaxy S22+ akan memiliki spesifikasi yang sama, dengan perbezaan pada saiz skrin dan kapasiti bateri sahaja.

Galaxy S22 Ultra adalah peranti yang jauh berbeza dan lebih hebat, akan menyediakan S Pen tersimpan di dalam badan. Ia dikatakan menjadi pengganti kepada siri Galaxy Note yang kali terakhir dilancarkan Samsung pada tahun 2020.

[Sumber: GSMarena, DDaily]
[Gambar: @evleaks]

Bacaan berkaitan

  • Adakah ini rupa sebenar siri Galaxy S22?
  • Galaxy Note seterusnya adalah Galaxy S22 Ultra?
  • Siri Samsung Galaxy S22 menyokong pengecasan hanya 25W?
Tags: samsungSamsung Galaxy S22
Najib

Najib

POPULAR

Siri Galaxy S22 akan dilancar dan mula dijual pada bulan Februari

Siri Galaxy S22 akan dilancar dan mula dijual pada bulan Februari

11 January 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN