• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei P50 Pro & P50 Pocket: Maklumat Penjualannya di Malaysia

  • OLEH Fatin Amanina
  • 8:16 pm
  • 12/01/2022
  • Komen
Huawei P50 Pro & P50 Pocket: Maklumat Penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei P50 Pro dan P50 Pocket kini telah dilancarkan di Malaysia. Huawei P50 Pro boleh didapati dalam dua warna iaitu Cocoa Gold dan Golden Black. Huawei P50 Pocket disediakan dengan warna putih. Dalam pelancaran ini juga Huawei turut perkenalkan Huawei P50 Pocket Edisi Premium yang didatangkan dengan warna Premium Gold. Ia direka oleh pereka Haute Couture, Iris Van Herpen.

Harga & promosi

Huawei P50 Pro boleh didapati secara tempahan awal bermula 12 Januari sehingga 21 Januari 2022. Ia mula dijual di seluruh negara pada 22 Januari 2022. Manakala, tempahan awal untuk Huawei P50 Pocket dan P50 Pocket Edisi Premium ialah dari 22 Januari sehingga 13 Februari 2021. Ia mula dijual pada 22 Februari 2022. Anda boleh lakukan tempahan awal menerusi laman rasmi Huawei, Huawei Experience Stores, Shopee, Lazada dan Senheng.



Berikut merupakan harganya:

  • Huawei P50 Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM4,199
  • Huawei P50 Pocket (RAM 8GB RAM + Storan 256GB) – RM5,999
  • Huawei P50 Pocket Edisi Premium (RAM 12GB, Storan 512GB) – RM7,299

Setiap tempahan awal Huawei P50 Pro yang dilakukan melayakkan pengguna menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM2,100. Antara hadiah yang disediakan ialah:



  • Huawei Watch GT 2 Pro bernilai RM1,199 + 1 kali perlindungan keretakan skrin dalam 3 bulan bernilai RM199 + baucar Huawei Mobile Service dan kedai bernilai RM725.

Selain itu, pengguna boleh menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM2,700 untuk tempahan awal Huawei P50 Pocket dan P50 Pocket Edisi Premium. Antaranya hadiahnya ialah:

  • Huawei Watch 3 bernilai RM1,699 + 1 tahun jaminan lanjutan bernilai RM309 + Baucar Huawei Mobile Service dan kedai bernilai sehingga RM725

Sistem Trade-Up

Huawei juga menawarkan sistem Trade-Up. Melaluinya pengguna boleh dapatkan rebat untuk pembelian Huawei P50 Pro, Huawei P50 Pocket dan Huawei Watch GT 4 atau Huawei Watch GT Runner. Caranya ialah:

  • Tukar beli sebarang peranti elektronik yang berfungsi dan dapatkan rebat tambahan segara sebanyak RM300 untuk pembelian HUAWEI P50 Pro, atau
  • Tukar beli sebarang peranti elektronik yang berfungsi dan dapatkan rebat tambahan segara sebanyak RM500 untuk pembelian HUAWEI P50 Pocket, atau
  • Tukar beli sebarang peranti elektronik yang berfungsi dan dapatkan rebat tambahan segera sebanyak RM80 untuk pembelian HUAWEI WATCH GT 3 atau HUAWEI WATCH GT Runner.

Spesifikasi Huawei P50 Pro

Huawei P50 Pro menggunakan pemproses Snapdragon 888 4G, tiada sokongan 5G. Ia memiliki RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Skrin seluas 6.6-inci jenis OLED yang melengkung di kedua belah sisi. Ia memiliki resolusi tinggi 2700×1228, bersama kadar penyegaran 120hz. Terdapat lubang kecil di dahi skrin, memuatkan kamera hadapan 13MP.

Terdapat empat kamera belakang, ia adalah kamera utama 50MP F1.8, kamera monokrom 40MP F1.6, kamera ultralebar 13MP F2.2 dan kamera telefoto 64MP dengan upaya 3.5x zum digital dan 100x zum digital. Bateri berkapasiti 4,360mAh dan menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 66W dan pengecasan Wireless Huawei SuperCharge 55W.

Spesifikasi Huawei P50 Pocket

P50 Pocket juga dikuasakan cip Snapdragon 888 4G, tanpa 5G. RAM pula terdapat sehingga 12GB dan storan sehingga 512GB. Skrinnya apabila dibuka penuh berukuran 6.94-inci. Ia adalah skrin OLED HD Penuh, dengan kadar penyegaran sehingga 120Hz. Di atas skrin terdapat satu lubang kecil yang memuatkan kamera hadapan 10.7MP F2.2.

Di luar terdapat satu lagi skrin sentuh kecil, juga jenis OLED berukuran 1.04-inci. Skrin luar ini terletak di dalam modul bulat di bahagian atas, berpasangan dengan satu lagi modul bulatan yang menempatkan tiga kamera belakang. Kamera belakang menggandingkan kamera utama 40MP F1.8 dengan teknologi True-Chroma, kamera ultra lebar 13MP F2.2 dan kamera Ultra Spectrum 32MP F1.8. Tenaga Huawei P50 Pocket disalurkan daripada bateri berkapasiti 4,000mAh. Ia menyokong pengecasan pantas berwayar Huawei SuperCharge 40W. 

Bacaan berkaitan

  • Huawei P50 Pro dan P50 Pocket akan dilancar di Malaysia pada 12 Januari
  • Huawei P50 Pro akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi
  • Huawei jemput pandu uji P50 Pro dan P50 Pocket dengan layanan VIP
Tags: HuaweiHuawei P50 PocketHuawei P50 Pro
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Huawei P50 Pro & P50 Pocket: Maklumat Penjualannya di Malaysia

Huawei P50 Pro & P50 Pocket: Maklumat Penjualannya di Malaysia

12 January 2022
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER