• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung The Freestyle: Projektor mudah alih paling versatil

  • OLEH Najib
  • 3:05 pm
  • 12/01/2022
  • Komen
Samsung The Freestyle: Projektor mudah alih paling versatil
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu produk menarik yang dilancarkan samsung di pameran CES 2022 adalah The Freestyle. Ia adalah projektor pelbagai guna yang kecil dan kompak, lengkap dengan pembesar suara dan pencahayaan persekitaran.

Samsung mensasarkan projektor The Freestyle untuk golongan Gen Z dan milenial. Rekaannya bukan berbentuk kotak seperti projektor biasa, sebaliknya berbentuk silinder yang mudah dipancarkan ke mana-mana arah. Ini membolehkan ia ditempatkan di mana sahaja, tidak kira di atas lantai, meja, mahupun di dinding atau siling rumah.



https://youtu.be/6lnY8oqVh3A

Walaupun kecil, The Freestyle lengkap dengan fungsi yang biasa ditemui di projektor seperti auto keystone dan auto leveling, untuk gambar dipaparkan dengan tepat di mana-mana permukaan. Ia ditambah lagi dengan fungsi auto fokus, memastikan pancaran yang sentiasa tajam dalam apa jua saiz dan sudut, sehingga selebar 100-inci.

Sistem bunyi The Projector pula dihasilkan dengan bantuan dua radiator pasif untuk bunyi bass yang dalam dan tidak pecah. Ia juga mampu mengeluarkan bunyi ke semua arah 360-darjah untuk dinikmati dalam apa jua keadaan, dalam kualiti tinggi.



Tahap mudah alih The Freestlye bertambah fleksibel kerana ia menerima kuasa menerusi sambungan USB-C. Bermakna, selain disambung kepada kepala pengecas yang menyokong USB-C, ia juga boleh dikuasakan daripada powerbank yang boleh menyalurkan tenaga 50W/20V dan ke atas menggunakan teknologi USB-PD.

Tambah menarik apabila The Freestyle boleh dipadankan dengan soket lampu E26. Ini menjadikannya projektor pertama seumpamanya dan mudah digantung sama ada di tiang lampu ataupun siling menggunakan soket lampu E26 tanpa ubahsuai.

Apabila tidak digunakan sebagia projektor, The Freestyle turut boleh berfungsi sebagai lampu suasana menggunakan mod ambien dan penutup lensa separa telus cahaya. Ia juga boleh bertindak sebagai pembesar suara pintar dengan menganalisa lagu yang dimainkan, seterusnya memancarkan kesan cahaya yang sepadan dengan bunyi.

Sebagai peranti pintar, The Freestyle menawarkan fungsi Smart TV dengan perkhidmatan strim terbina di dalamnya. Ini membolehkan ia menjadi skrin pendua dan memaparkan apa jua tayangan menggunakan peranti Android dan iOS yang serasi.

Projektor Samsung The Freestyle akan dijual di Amerika Syarikat pada harga USD 899.99 (~RM3,774). Ia akan boleh didapati di pasaran lain di masa akan datang.

Tags: CESces 2022samsungSamsung The Freestyle
Najib

Najib

POPULAR

Samsung The Freestyle: Projektor mudah alih paling versatil

Samsung The Freestyle: Projektor mudah alih paling versatil

12 January 2022
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN