• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

TIPS: Cara baca artikel di iPhone tanpa gangguan iklan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:14 pm
  • 13/01/2022
  • Komen
TIPS: Cara baca artikel di iPhone tanpa gangguan iklan
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila baca berita dalam talian di iPhone menggunakan Safari, menjadi satu gangguan apabila ada iklan yang muncul. Bayangkan, ketika anda sedang scroll artikel untuk baca, tiba-tiba tertekan pula iklan dalam halaman itu, kemudian dibawa pula ke halaman lain. Pasti perkara ini sangat merimaskan.

Untuk elaknya dari mengganggu anda, anda boleh aktifkan mod pembaca di Safari. Ada dua cara anda boleh guna untuk aktifkan mod ini dengan cepat supaya anda boleh tumpukan perhatian pada bacaan tanpa ada gangguan.



Hidupkan mod pembaca dengan satu langkah

Berikut merupakan cara mudah untuk aktifkan mod pembaca di Safari:

  1. Buka halaman yang ingin dibaca
  2. Kemudian, anda hanya perlu tekan simbol AA di bahagian bawah sebelah kiri dalam satu saat untuk aktifkan mod pembaca.
  3. Kini anda sudah boleh baca halaman itu tanpa ada sebarang gangguan iklan

Untuk matikan mod ini, anda hanya perlu tekan semula simbol AA dalam satu saat.



Tetapi, paparan tidak akan berubah jika mod pembaca tidak serasi dengan halaman yang sedang dibuka. Ia hanya akan beri sedikit maklum balas haptik pada jari anda. Perkara ini biasanya berlaku pada hasil yang dipaparkan oleh enjin carian contohnya, Google. Ia juga terjadi kepada halaman utama yang ada banyak artikel pautan.

Hidupkan mod pembaca secara automatik untuk laman web kegemaran

Jika anda gemar membaca banyak artikel dari sesebuah laman web, anda boleh aktifkan mod pembaca secara automatik untuk setiap artikel yang anda buka dari laman web kegemaran anda itu. Contohnya, anda suka baca artikel dari SoyaCincau BM, jadi apabila anda aktifkan mod ini, semua artikel dari SoyaCincau BM yang anda buka akan dipaparkan dalam mod pembaca. Berikut merupakan caranya:

  1. Dalam Safari, pergi ke mana-mana halaman web yang anda ingin aktifkan mod pembaca
  2. Tekan simbol AA dan tekan  Website Settings
  3. Hidupkan Use Reader Automatically dan tekan Done

Setelah selesai, mod pembaca akan dihidupkan secara automatik apabila anda baca mana-mana artikel dari laman web itu. Ia juga berfungsi jika anda buka banyak tab yang mengandungi artikel dari web itu dalam satu masa.

Sekiranya anda ingin matikan mod pembaca untuk satu halaman sahaja, anda boleh tekan AA dan pilih Hide Reader. Tetapi mod ini akan hadir semula jika anda refresh halaman itu. Untuk matikannya di semua halaman secara kekal, anda perlu matikan Use Reader Automatically dalam Website Settings tadi.

Ciri ini memang senang digunakan, tetapi ia ada di Safari sahaja. Maka, anda perlu akses laman web kegemaran anda menggunakan aplikasi ini untuk aktifkan mod pembaca.

[Sumber: Cnet]

Tags: appleapple iphoneiphonetips
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: Cara baca artikel di iPhone tanpa gangguan iklan

TIPS: Cara baca artikel di iPhone tanpa gangguan iklan

13 January 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN