• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Android 12 tiba ke Galaxy S20 FE di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:01 pm
  • 17/01/2022
  • Komen
Android 12 tiba ke Galaxy S20 FE di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Pelancaran Galaxy S21 FE awal bulan ini menyaksikan ketibaan sistem operasi (OS) baru Samsung One UI 4 berasaskan Android 12, dipasang siap ke dalam peranti tersebut. Kini, One UI 4 diluaskan penggunaannya di peranti lama Samsung, apabila Galaxy S20 FE di Malaysia mula menerima notis naik taraf.

Pengguna Samsung Galaxy S20 FE di Malaysia mula dimaklumkan kesediaan muat turun One UI 4.0 berasaskan Android 12 ke dalam peranti mereka. OS baru ini turut menyediakan kemaskini keselamatan bertarikh 1 Disember 2021. Agak lewat, memandangkan bulan Januari sudah lebih daripada separuh.



Jika tiada notis diterima, pengguna boleh menyemak secara manual dengan pergi ke Settings > Software Update > Download and Install. Kemaskini OS terbaru ini sebesar lebih 2GB. Pengguna dinasihatkan utuk memuat turun melalui WiFi dan memastikan bateri melebihi 50%.

Samsung sebelum ini telah mengeluarkan senarai peranti mereka yang akan menerima kemaskini One UI 4. Ia selaras dengan jaminan Samsung untuk memberi kemaskini OS sekurang-kurangnya 3 kali dan kemaskini keselamatan selama 4 tahun buat peranti keluaran mereka.



Apa yang baru di One UI 4

Secara ringkas, banyak pembaharuan Android 12 dapat dilihat di One UI 4. Antaranya pemilihan warna tema yang boleh diubahsuai mengikut citarasa pengguna, tidak lagi terhad kepada warna tertentu yang disediakan sahaja.

Keselamatan peribadi pengguna dipertingkat lagi dengan lebih banyak kuasa diberikan kepada pengguna untuk memilih apa yang boleh digunakan oleh aplikasi. Antaranya memberi amaran jika ada aplikasi yang mahu menggunaan kamera, mikrofon atau lokasi, semuanya boleh dilihat dari satu antaramuka yang lebih mudah.

Samsung menyatakan, mereka bekerjasama dengan pelbagai pihak ketiga untuk memastikan ekosistem peranti luar berfungsi dengan baik bersama peranti Samsung Galaxy. Di samping itu, One UI 4 juga akan memberikan antaramuka yang serupa walau digunakan di mana jua tidak kira telefon, tablet mahupun jam.

Bacaan Berkaitan

  • Samsung umum One UI 4 berasaskan Android 12 untuk peranti ini
  • 5 ciri-ciri baharu yang akan tiba di Android 12
  • Samsung janji kemaskini keselamatan peranti terpilih sekurang-kurangnya 4 tahun
  • Samsung jamin beri naik taraf Android sebanyak 3 generasi
Tags: android 12one uiOne UI 4samsungSamsung Galaxy S20 FE
Najib

Najib

POPULAR

Android 12 tiba ke Galaxy S20 FE di Malaysia

Android 12 tiba ke Galaxy S20 FE di Malaysia

17 January 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER