• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

LaLaport Bukit Bintang akan di buka, beli-belah pelbagai jenama Jepun di sini

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:25 pm
  • 19/01/2022
  • Komen
LaLaport Bukit Bintang akan di buka, beli-belah pelbagai jenama Jepun di sini
Share on FacebookShare on Twitter

Bakal beroperasi pada 20 Januari 2022, LaLaport Bukit Bintang, City Centre (LaLaport BBCC) merupakan pusat beli-belah gaya hidup yang berasal dari Jepun. Di sini, anda boleh temui pelbagai jenama terkemuka di Jepun dan ada antara mereka yang membuat kemunculan sulungnya di Malaysia. Dianggarkan sebanyak 400 kedai akan dibuka secara berperingkat.

LaLaport BBCC ini merupakan LaLaport kedua di luar Negara milik syarikat hartanah Tokyo, Mitsui Fundosan. Ia sekaligus menjadikan LaLaport BBCC sebagai LaLaport pertama di Asia Tenggara.



Persekitaran pusat beli-belah baru ini direka dengan tema Modern Simplicity dan Japanese Flavour. Ia menampilkan ciri rekaan dalaman berdasarkan alam semula jadi dengan menampilkan pokok dan jambatan berwarna coklat di setiap tingkat.

Di LaLaport BBCC, pelbagai jenama terkenal dari Jepun disediakan. Antara yang membuat kemunculan sulung di Malaysia ialah, Nitori iaitu kedai perabot yang kelihatan seperti Ikea. Kemudian, kedai peralatan digital dan perkakas rumah, Nojima. Seterusnya, Coo&RIKU iaitu kedai haiwan dengan gabungan kafe kucing. Dikatakan bahawa pelanggan boleh meluangkan masa bersama kira-kira 50 jenis baka kucing di situ.



Selain restoran tempatan, LaLaport juga menawarkan makanan yang tidak pernah dilihat sebelum ini di Malaysia. Contohnya Matcha Eight iaitu kedai ais krim yang mengetengahkan menu aiskrim teh Jepun premium. Kemudian, kedai roti DONQ/ Mini One. Ada juga restoran untuk penggemar Wagyu iaitu Yakiniku Sizzle dan banyak lagi.

Di samping itu, anda juga boleh kunjungi LaLaport untuk bersantai di ruang luas yang disediakan seperti Central Rooftop Garden. Ia merupakan kawasan luar yang dikelilingi oleh pokok-pokok dan berlatarbelakangkan bangunan-bangunan tinggi. LaLaport BBCC turut mempunyai ruang acara yang unik dinamakan Wow Plaza.

Bagi menambah baik pengalaman membeli-belah, aplikasi LaLaport MY Mobile akan tersedia untuk semua dan mereka akan menyampaikan maklumat terkini mengenai LaLaport BBCC di situ.

Untuk datang ke sini menggunakan pengangkutan awam, anda boleh lalui laluan pejalan kaki yang bersambung dari Stesen LRT Hang Tuah, KL Monorail Line atau berjalan dalam 5 minit dari Stesen Merdeka di laluan MRT Sungai Buloh-Kajang Line.

Pengalaman kunjungi LaLaport BBCC

Berdasarkan pengalaman saya kunjungi LaLaport BBCC ketika lawatan media, pusat beli-belah ini sangat luas dan besar. Saya mungkin memerlukan lebih daripada separuh hari untuk melawat semua kedai yang ada. Tetapi, sewaktu lawatan itu, kedai masih lagi belum beroperasi dan ada yang kelihatan seperti sedang melakukan persiapan.

Bagi saya, selain banyak jenama terkenal Jepun yang disediakan, kawasan untuk bersantai di luar iaitu Central Rooftop Garden merupakan perkara menarik di sini. Ia sangat luas dan jauh dari jalan raya. Ketika saya di sana, kawasan itu rasa sangat menenangkan. Namun, oleh kerana ia tiada bumbung, maka pengunjung perlu bersedia dengan payung untuk berlindung dari terkena hujan atau cahaya panas matahari.

Seterusnya, ruang makan di Gourmet Street juga merupakan tarikan di sini. Ia menyediakan pengalaman makan di luar sambil duduk di teres kedai. Pengalaman seperti ini juga boleh didapatkan di lokasi lain contohnya di Ardence Lab, Setia Alam. Cuma, bezanya di sini ialah mereka sediakan pelbagai pilihan kedai makan dari Jepun dan ruang luarnya juga lebih luas dan terbuka.

Sekiranya anda ingin beli-belah jenama Jepun yang tidak pernah anda jumpa di Malaysia, anda perlu kunjungi LaLaport BBCC. Ada banyak pilihan kedai disediakan di sini dari kategori fesyen, makanan, gaya hidup, perabot, penjagaan diri dan banyak lagi.

Tags: LALAPORT
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER