• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Fenix 7 hadir dengan paparan sesentuh dan hayat bateri sehingga 1 tahun

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:03 pm
  • 20/01/2022
  • Komen
Garmin Fenix 7 hadir dengan paparan sesentuh dan hayat bateri sehingga 1 tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Barisan Garmin Fenix adalah jam tangan multisukan yang lasak, ditujukan kepada golongan yang aktif. Untuk tahun 2022, Garmin mengumumkan barisan Fenix 7 bagi menggantikan barisan Fenix 6 yang mereka umumkan dalam tahun 2019 dulu.

Garmin Fenix 6X Jam Tangan Multisukan Dengan Panel Solar Terbina – SoyaCincau.com



Ada beberapa penambahbaikan dibawakan Garmin untuk generasi baharu ini. Fenix 7 adalah yang pertama dalam siri itu diberikan panel peka sentuhan. Namun, butang-butang kawalan fizikal tetap ada sebagai alternatif. Anda malah boleh matikan fungsi skrin sentuhan dengan menekan butang-butang tertentu.

Di paparan, selain paparan peka sentuhan, lain-lain spesifikasi masih dikekalkan seperti sebelum ini, contohnya resolusi kekal pada 240p (42mm), 260p (47mm), dan 280p (52mm).



Varian solar untuk Fenix 7 kini ada panel solar lebih besar. Ia menjadikan keupayaan memungut foton cahaya dua kali ganda lebih cekap berbanding sebelum ini. Ia diterjemah kepada hayat penggunaan lebih lama.

Dalam mod Smartwatch, hayat bateri Fenix 7X Solar mencecah 37 hari berbanding 24 jam pada Fenix 6X Solar. Lebih mengagumkan, dalam mod battery saver Fenix 7X Solar boleh melewati takat 1 tahun penggunaan berbanding 120 hari pada Fenix 6X Solar.

Daripada segi fungsi-fungsi penjejak aktiviti, tidak banyak perubahan boleh di cerap. Segala macam sensor yang ada dulu, tetap diwarisi pada generasi ini.

Kalau anda tak gunakan jam ini untuk bersukan pun, ia tetap berguna dalam kegunaan kasual. Ia boleh paparkan notifikasi telefon terus ke pergelangan tangan, anda boleh pasang Spotify untuk dengar muzik ataupun manfaatkan storan 16GB untuk simpan MP3 dan dalam pasaran terpilih, Garmin Pay boleh digunakan.

Harga jualan siri Garmin Fenix 7 adalah bermula USD700 (RM2,930) higga USD900 (RM3,767) bergantung kepada varian. Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: garminGarmin fenixgarmin fenix 7garmin fenix 7sgarmin fenix 7x
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Garmin Fenix 7 hadir dengan paparan sesentuh dan hayat bateri sehingga 1 tahun

Garmin Fenix 7 hadir dengan paparan sesentuh dan hayat bateri sehingga 1 tahun

20 January 2022
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN