Platform e-dagang terkemuka, Shopee melihat pengurangan jangkitan COVID-19 di Malaysia membuatkan rakyat Malaysia berasa selesa dan yakin untuk kembali merantau dan melancong. Shopee sendiri mencatatkan peningkatan mendadak untuk tempahan tiket bas dan penerbangan di platformnya, dalam tempoh dua minggu pertama bulan Januari 2022 berbanding tempoh yang sama bulan Disember 2021. Ini ditambah lagi dengan meningkatnya permintaan untuk pelitup muka dan kit ujian COVID-19 di Shopee, bukti keyakinan rakyat Malaysia untuk berjalan jauh.
Kerana itu, Shopee mengumumkan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan pelancongan dan pengangkutan iaitu Agoda, Airpaz dan Easybook.com, dalam kempen CNY Travel Campaign. Kempen ini berjalan dari 17 hingga 26 Januari 2022, menyediakan diskaun sebanyak 10% (sehingga RM20) untuk tempahan tiket bas, hotel dan penerbangan menerusi platform “Tiket, Tambah Nilai & Bil” di dalam aplikasi Shopee.
Selain itu, pembeli yang membuat tempahan dalam kempen ini akan didaftarkan secara automatik untuk cabutan bertuah, yang menyediakan hadiah utama berupa penginapan 3 hari 2 malam di Camar Langkawi Resort dengan Baucar Penerbangan RM250. Panduan dan tip-tip untuk perjalanan yang selamat turut dipromosikan dalam kempen ini.
Pengguna Shopee lain turut tidak ditinggalkan. Shopee akan mengadakan Jualan Tahun Baru Cina, yang berlangsung sehingga 2 Februari 2022 dengan menawarkan penghantaran percuma untuk perbelanjaan minimum RM8, baucar diskaun 88% untuk produk Tahun Baru Cina dan peluang memenangi RM8,888 Angpau apabila mereka bermain Shopee Fortune Quiz, semasa sesi Shopee Live pada pukul 8 malam setiap hari.
Shopee turut memberikan lebih banyak ganjaran menerusi ShopeePay. Dari 18 Januari hingga 7 Februari 2022, pengguna ShopeePay berpeluang memenangi hingga 8,888 Syiling Shopee apabila mereka memindahkan sekurang-kurangnya RM2.88 melalui ciri e-Ang Pow kepada keluarga dan rakan mereka. Para pengguna juga boleh menikmati pulangan tunai hingga RM8 dan mendapat pulangan tunai Syiling Shopee hingga 12% apabila mereka membayar menggunakan ShopeePay di kedai-kedai peniaga terpilih. Pengguna turut berpeluang memenangi hingga 88,888 Syiling Shopee dengan menambah nilai minimum RM30 ke dalam dompet ShopeePay.
Shopee Quiz dan Shopee Shake di dalam aplikasi Shopee ada menyediakan hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi, seperti Logitech Gaming Headset, Le Creuset French Oven, dan Dyson Tower Fan serta hadiah wang tunai bernilai hingga RM8,888.
Untuk maklumat lanjut mengenai semua tawaran Shopee ini, layari laman web Shopee CNY Travel Campaign serta Shopee Jualan Tahun Baru Cina.