• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

TIPS: Cara lindungi privasi di media sosial

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:08 pm
  • 23/01/2022
  • Komen
TIPS: Cara lindungi privasi di media sosial
Share on FacebookShare on Twitter

Melalui media sosial, pengguna boleh gunakannya untuk kongsi berita, gambar, pandangan peribadi dan bermacam lagi perkongsian bergantung kepada ciri yang ada. Dalam masa yang sama, orang ramai juga boleh mencari seseorang di media sosial hanya dengan menaip nama mereka sahaja.

Menjadi bahaya apabila pengguna lain melakukan gangguan siber. Contohnya, tinggalkan komen yang tidak baik pada gambar anda. Mungkin juga ada orang yang merekodkan perkara yang anda lakukan di media sosial atas sebab yang tidak diketahui. Perkara ini sememangnya mengganggu privasi seseorang. Oleh itu, berikut merupakan cara yang anda boleh lakukan untuk lindungi privasi di media sosial.



1. Fahamkan terma & syarat

Setiap laman web di internet mempunyai syarat privasi, termasuklah media sosial. Sebelum log masuk ke mana-mana media sosial dan mendaftar akaun, adalah penting untuk anda membaca dan memahami syarat privasi mereka. Beri perhatian kepada syarat privasi untuk maklumat yang anda daftarkan. Sebagai contoh, periksa kandungan yang akan dikongsikan dengan pihak ketiga dan bolehkah anda memadamkan kandungan anda di laman web itu secara kekal.

2. Fahamkan ciri yang ada dalam media sosial

Pastikan anda fahami ciri dan tetapan privasi dalam sesebuah media sosial itu sebelum berkongsi sebarang mesej. Ketahui siapa yang akan melihat mesej anda itu, sama ada penerima tertentu atau semua pengguna di platform tersebut. Contohnya di Facebook, pengguna boleh tetapkan siapa yang boleh lihat perkongsian anda muat naik. Pilihan yang diberikan ialah umum, rakan, rakan kecuali, rakan spesifik dan anda sahaja.



3. Tukar tetapan privasi lalai

Semak tetapan privasi lalai (default) di setiap platform media sosial yang anda gunakan. Kebanyakan tetapan privasi ini membenarkan perkongsian maklumat anda dengan pengguna pihak ketiga yang lain. Dengan menukarnya, ia boleh mengehadkan jumlah maklumat anda yang dikongsikan kepada pengguna lain tanpa pengetahuan anda. Ciri ini boleh ditemui di tab ads dalam tetapan. Di bawah ini merupakan contoh kebenaran untuk Instagram kongsikan data pengguna kepada pihak ketiga.

4. Hadkan perkongsian maklumat peribadi dan gambar

Untuk mendaftar akaun di platform media sosial, anda perlu sertakan maklumat biografi anda seperti nama penuh, tahun lahir, umur dan emel. Maklumat tersebut boleh memberikan penjenayah siber data yang mencukupi untuk menyebabkan bahaya kepada anda. Maka, hadkan perkongsian maklumat peribadi di mana-mana platform media sosial.

Pertimbangkan dengan teliti jenis butiran peribadi yang anda berikan pada profil media sosial anda. Jangan sekali-kali kongsikan maklumat sensitif seperti maklumat akaun bank dan tempat kerja.

Selain itu, fikir dua kali sebelum kongsikan sebarang gambar. Kongsi gambar di media sosial telah dikenal pasti sebagai salah satu aktiviti rangkaian sosial yang berisiko. Contohnya, anda kongsikan gambar anak anda di hadapan rumah. Melaluinya, anda telah dedahkan maklumat lokasi anda dan ia boleh menjadikan sasaran untuk penjenayah siber.

5. Hati-hati terima kenalan baru

Anda tidak perlu terima permintaan pengguna lain untuk menjadi rakan anda di media sosial, terutamanya jika anda tidak mengenali mereka. Berhati-hati apabila menerima rakan baru atau mengikuti seseorang. Sebelum lakukannya, selidiki tentang individu itu, perkara yang mereka lakukan dan jenis kandungan yang mereka kongsikan.

6. Matikan lokasi

Matikan perkongsian lokasi di telefon sewaktu gunakan semua aplikasi, anda boleh lakukannya di tetapan telefon. Hal ini kerana, platform media sosial boleh ketahui di mana anda berada pada setiap masa jika lokasi di hidupkan.

7. Elakkan Clickbait (umpan klik)

Media sosial tidak akan bertanggungjawab ke atas aplikasi pihak ketiga. Apabila anda ternampak mesej rawak seperti ‘comment below to see magic’  atau ”semak selebriti mana yang berkongsi hari lahir dengan anda”, jangan tekan umpan rawak ini. Ia merupakan aplikasi pihak ketiga yang cuba mengambil dan menyalahgunakan maklumat peribadi anda.

Sumber

8. Tutup akaun media sosial

Perkara terakhir yang anda boleh lakukan jika rasa privasi terganggu di media sosial ialah, tutup akaun itu. Maka, tiada sesiapa pun dapat jejaki maklumat anda.

Dengan lakukan cara-cara ini, privasi anda di media sosial akan terjaga dengan baik. Oleh itu, anda tak perlu bimbang jika orang yang tidak dikenali ketahui maklumat peribadi anda atau salah gunakan maklumat anda.

[Sumber: Data Privacy Manager]

[Sumber gambar: Adgully]

Tags: ClubhouseFacebookinstagrammedia sosialTikToktipsTwitterYouTube
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
TIPS: Cara lindungi privasi di media sosial

TIPS: Cara lindungi privasi di media sosial

23 January 2022
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER