• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Tab A8 tablet bawah RM1,000 yang buang Snapdragon untuk diganti dengan Unisoc

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:15 am
  • 24/01/2022
  • Komen
Galaxy Tab A8 tablet bawah RM1,000 yang buang Snapdragon untuk diganti dengan Unisoc
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung memperkaya penawaran tablet Android mereka dengan pengumuman tablet Galaxy Tab A8. Lebih menarik penawaran tersebut diletakkan di bawah kategori bawah RM1,000 yang mungkin menarik minat golongan yang inginkan sebuah tablet mampu milik untuk diberikan pada anak-anak, kegunaan PDPR ataupun kegunaan ringan lain.

Harga Galaxy Tab A8 di Malaysia

Sesiapa yang berminat untuk dapatkan sebuah Galaxy Tab A8 boleh berbuat demikian pada tanda harga RM999. Ia boleh didapati melalui pengedar sah Samsung di seluruh negara ataupun di platform dalam talian Lazada dan Shopee.



Dalam tempoh promosi, sehingga 28 Februari 2022, pembeli akan menerima aksesori pelindung Clear Edge Cover (RM99) dan jaminan tambahan 1 tahun Samsung Care+ (RM110) secara percuma.

Sebagai perbandingan, Galaxy Tab A7 yang dilancarkan dalam bulan Jun 2021 lalu ditawarkan pada harga yang sama RM999.



Spesifikasi Galaxy Tab A8

Samsung Galaxy A8 hadir dengan paparan 10.5” TFT LCD pada resolusi FHD. Atas papan utama, tablet ini diperkasa CPU Unisoc Tiger T618. Bahagian ini mungkin akan dikeluh pengguna kerana pada Galaxy Tab A7 yang dulu, mereka mengguna pakai Snapdragon 662.

Unisoc adalah syarikat yang pernah mengeluarkan SoC Spreadtrum untuk peranti-peranti bajet sebelum dijenamakan semula kepada Unisoc. Satu lagi tablet yang menggunakan SoC Unisoc kami kongsikan baru-baru ini adalah Nokia T20 yang gunakan Unisoc T610.

Namun, satu-satunya ciri menarik tablet ini disamping harga bawah RM1,000 adalah pada kehadiran speaker kuadstereo. Ia sekurang-kurangnya boleh mengubati luka melihat turun taraf SoC ataupun pada panel paparan cuma TFT LCD tablet ini.

Untuk pasaran Malaysia, varian Galaxy Tab A8 ditawarkan dalam varian RAM 3GB dan storan 32GB. Storan boleh diperluas melalui kad mikro-SD. Sepasang kamera hadir pada tablet ini, satu di depan dan satu di belakang yang masing-masing diberikan sensor 8MP dan 5MP.

Membekalkan tenaga kepada tablet ini dalah bateri 7,040mAh dengan kemampuan menerima tenaga 15W. Cumanya, blok pengecas yang diberikan cuma 7.8W dan pengguna perlu membeli blok pengecas tambah untuk menikmati pengecasan berkepantasan penuh.

Bacaan berkaitan

Tablet Galaxy Tab A7 terima rebat RM100 sempena hari raya – SoyaCincau.com

Tablet Nokia T20 boleh didapatkan pada harga RM1,099 – SoyaCincau.com

Samsung Galaxy Tab A7 Lite akan datang, tablet sesuai PdPR dan mampu milik – SoyaCincau.com

Tags: Galaxy Tab Agalaxy tab a8samsungsamsung galaxySamsung Galaxy Tab Asamsung galaxy tab a8
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
Galaxy Tab A8 tablet bawah RM1,000 yang buang Snapdragon untuk diganti dengan Unisoc

Galaxy Tab A8 tablet bawah RM1,000 yang buang Snapdragon untuk diganti dengan Unisoc

24 January 2022
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER