• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PROMO: Laptop Honor MagicBook X 15 ada diskaun RM300 untuk masa terhad

  • OLEH Najib
  • 11:18 am
  • 25/01/2022
  • Komen
PROMO: Laptop Honor MagicBook X 15 ada diskaun RM300 untuk masa terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Honor telah melancarkan laptop MagicBook X 15 pada Jun tahun lepas, menampilkan kuasa pemproses Intel Core generasi ke-10 bersama skrin HD penuh 15.6-inci. Harganya sangat menarik, di bawah RM3,000. Tetapi kini ia ditawarkan lebih rendah, bermula dari RM1,999 sempena promosi Tahun Baru Cina.

Mulai 21 Januari sehingga 15 Februari 2022, Honor Malaysia memberi diskaun sebanyak RM300 untuk laptop MagicBook X 15. Terdapat dua varian laptop ini dijual di Malaysia dan harganya selepas potongan istimewa ini adalah seperti berikut:



  • Honor MagicBook X 15 (Core i3, RAM 8GB, SSD 256GB) – RM2,299 RM1,999
  • Honor MagicBook X 15 (Core i5, RAM 8GB, SSD 512GB) – RM2,899 RM2,599

Kepada yang berminat membelinya, boleh mendapatkan laptop Honor MagicBook X 15 dengan harga promosi di Stor Online Honor Malaysia, serta di Lazada dan Shopee. Honor turut memberikan hadiah percuma berupa beg galas bernilai RM199.

Spesifikasi Honor MagicBook X 15

Laptop MagicBook X 15 adalah versi lebih mampu milik berbanding MagicBook 15 yang dikuasakan pemproses Intel Core gen-11. Ia memiliki skrin HD Penuh berukuran 15.6-inci, didatangkan bersama RAM DDR4 2,400MHz 8GB dan storan SSD NVMe PCIe yang pantas. Grafik pula menggunakan cip Intel UHD yang terbina di dalam.



Badan MagicBook X 15 diperbuat daripada aluminium, menjadikannya sangat ringan iaitu 1.56kg sahaja. Bateri besar 42Wh dipasang di dalamnya dan ia mengecas melalui USB-C, menyokong pengecas 65W yang diberikan bersama. Pengecas ini juga boleh digunakan untuk mengecas peranti lain yang menggunakan USB-C.

Butang kuasa di MagicBook X 15 juga unik kerana ia boleh digunakan sebagai pengimbas capjari, salah satu cara pantas untuk mendaftar masuk ke Windows. Walaupun memiliki kekunci bersaiz penuh, ia tiada butang numpad di sisi.

Bacaan Berkaitan

  • Honor MagicBook X 15 ada tetikus dan beg galas percuma
  • Honor MagicBook 14 baru dibuka tempahan awal dengan harga lebih tinggi
  • Laptop pertama Honor tampil di Malaysia dengan kuasa Ryzen 5 dan Vega 8
Tags: honorHonor MagicBookHonor MagicBook X 15
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
PROMO: Laptop Honor MagicBook X 15 ada diskaun RM300 untuk masa terhad

PROMO: Laptop Honor MagicBook X 15 ada diskaun RM300 untuk masa terhad

25 January 2022
​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER