• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

NASA tawar tunai sehingga USD 1 juta untuk prototaip makanan segera misi Marikh

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:50 pm
  • 28/01/2022
  • Komen
NASA tawar tunai sehingga USD 1 juta untuk prototaip makanan segera misi Marikh
Share on FacebookShare on Twitter

NASA menganjurkan Deep Space Food Challenge Phase 2 yang menyediakan ganjaran tunai berjumlah USD1 juta kepada sesiapa sahaja yang boleh menghasilkan prototaip sebagai solusi kepada beberapa cabaran yang digariskan pihak mereka.

Cabaran yang ingin dirungkaikan oleh NASA terbahagi kepada 4 iaitu:



  1. Membangunkan sistem penghasilan makanan untuk misi selama tiga tahun tanpa sebarang pembekalan semula untuk 4 kru.
  2. Inovasi penghasilan makanan di kawasan urban dan di kawasan terpencil yang ekstrim.
  3. Mencapai output tertinggi dengan input serta pembaziran minimum.
  4. Mencipta makanan selamat, berzat, dan sedap dimakan yang boleh disediakan dalam waktu singkat.

Jelas sekali mereka sedang mempersiap diri untuk misi menghantar manusia ke Marikh. Makanan adalah salah satu daripada cabaran yang perlu diatasi kerana makanan adalah salah satu keperluan hidup.

Namun, zatnya berkurangan seiring dengan masa dan membawa makanan yang diprapek adalah sesuatu yang tidak cekap kerana misi ini memakan masa bertahun-tahun. Jadi, kru yang terlibat dengan misi ini perlu hasilkan makanan sendiri.



Deep Space Food Challenge Phase 2 menerima pendaftaran untuk penyertaan sehingga 1 Mac 2022, 7:00 pagi waktu Malaysia. Anda boleh layari laman NASA untuk maklumat lanjut.

Tags: nasa
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

NASA tawar tunai sehingga USD 1 juta untuk prototaip makanan segera misi Marikh

NASA tawar tunai sehingga USD 1 juta untuk prototaip makanan segera misi Marikh

28 January 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN