• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Taman tema Genting SkyWorlds dibuka 8 Februari, dapatkan tiket dengan diskaun 20%

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:48 pm
  • 01/02/2022
  • Komen
Taman tema Genting SkyWorlds dibuka 8 Februari, dapatkan tiket dengan diskaun 20%
Share on FacebookShare on Twitter

Taman tema Genting SkyWorlds, akan dibuka untuk orang ramai pada 8 Februari 2022. Sebagai pra pelancaran, Genting SkyWorlds menawarkan diskaun sebanyak 20% daripada harga yang dikenakan untuk tempahan dari 8 Februari hingga 31 Mac 2022.

Ketua Operasi Perniagaan dan Strategi Genting Malaysia Berhad, Lee Thiam Kit berkata, harga tiket bagi dewasa selepas diskaun adalah RM151 berbanding harga asal iaitu RM189 seorang. Untuk warga emas dan kanak-kanak dengan ketinggian 90 cm – 110 cm serta orang kelainan upaya (OKU), harga tiket selepas diskaun ialah RM128 seorang, berbanding harga asal RM161 seorang. Manakala kanak-kanak di bawah ketinggian 90cm boleh masuk secara percuma.



Thiam Kit juga menjelaskan, selepas membeli tiket secara dalam talian, para pengunjung digalakkan untuk memuat turun aplikasi Taman Tema Genting SkyWorlds yang tersedia secara percuma di Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery.

Aplikasi ini telah diintegrasikan dengan teknologi Virtual Queue (VQ). Ciri pintar ini mampu mengurangkan masa anda menunggu lama dalam barisan fizikal, serta berikan kebebasan kepada pengunjung untuk lakukan aktiviti pilihan mereka pada masa yang sesuai.



Selain itu, anda juga boleh dapatkan tiket untuk kumpulan dan masuk secara berkumpulan dengan menggunakan aplikasi ini. Ia turut membolehkan pemegang tiket melihat cadangan aktiviti berdasarkan pilihan peribadi mereka, menerima notifikasi masa nyata untuk tempahan tarikan, ketersediaan, dan hiburan menarik.

Di samping itu, dalam tempoh pra pelancaran ini, pelanggan akan menerima akses VQ dan Photo+ secara percuma. Melaluinya, anda mereka boleh muat turun dan berkongsi kandungan gambar digital tanpa had dengan kadar diskaun melalui laman web dan aplikasi mudah alih.

Taman Tema Genting SkyWorlds bakal membawa anda mengembara ke sembilan dunia yang diinspirasikan oleh filem dan pengembaraan, serta menggabungkan Harta Intelek (IP) asli. Antara dunia unik itu ialah Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic dan Rio. 

Jika anda gemar kunjungi taman tema seperti Legoland, maka anda bolehlah senaraikan Genting SkyWorlds sebagai lokasi yang akan dikunjungi selepas ini kerana ia menyediakan pelbagai aktiviti untuk dicuba.

[Sumber: MalayMail, Kosmo]

Tags: Genting SkyWorld
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Taman tema Genting SkyWorlds dibuka 8 Februari, dapatkan tiket dengan diskaun 20%

Taman tema Genting SkyWorlds dibuka 8 Februari, dapatkan tiket dengan diskaun 20%

1 February 2022
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN