• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Motorola Moto G Stylus ada stailus dengan bateri tahan 2 hari

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:43 am
  • 04/02/2022
  • Komen
Motorola Moto G Stylus ada stailus dengan bateri tahan 2 hari
Share on FacebookShare on Twitter

Motorola ada Moto G baharu yang dinamakan Motorola Moto G Stylus. Namanya memang sama dengan edisi lepas, cumanya untuk tahun ini ada beberapa perubahan dibawakan pengeluarnya.

Telefon ini dilengkapi panel paparan 6.8” FHD+ IPS LCD dengan kadar segar semula setinggi 90Hz. Panel paparan sebesar itu dimanfaatkan oleh kehadiran stailus yang katanya miliki hayat bateri lebih 2 hari, yang saya rasakan agak pelik kerana hayat bateri bukanlah masalah sebab jika tidak digunakan, sudah pasti ia disimpan dan akan dicas di dalam telefon.



Atas papan utama, telefon ini diperkasa cip MediaTek Helio G88. Jika diikutkan pada yang dah lakukan ujian penanda aras, prestasinya adalah sekitar Snapdragon 710 dan Snapdragon 670.

Ruang penyimpanan di dalamnya adalah sebesar 128GB dengan pilihan untuk anda luaskannya melalui slot mikro-SD. RAM sebanyak 6GB disediakan, tiada pilihan lain.



Di bahagian kamera, ada tiga kamera belakang dengan masing-masing diberikan sensor 50MP, 8MP (ultralebar), dan 2MP (depth). Selfie pula diambil dengan kamera 16MP.

Baterinya agak besar. Pada 5,000mAh, saya rasakan agak lama untuk mengisi tangki sebesar itu dengan hanya sistem pengecas 10W. Antara ciri menarik Moto G Stylus adalah pada kehadiran jek audio 3.5mm.

Motorola Moto G Stylus 2022 setakat ini dijual di dalam pasaran A.S pada harga USD300 (RM1,253). Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

Motorola Edge X30 sailang Xiaomi 12 jadi yang pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1 – SoyaCincau.com

Motorola Edge 20 Pro, telefon dengan Snapdragon 870 dibuka tempahannya di dalam pasaran Malaysia – SoyaCincau.com

Tags: Motorolamotorola moto g stylusmotorola moto g stylus 2022
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Motorola Moto G Stylus ada stailus dengan bateri tahan 2 hari

Motorola Moto G Stylus ada stailus dengan bateri tahan 2 hari

4 February 2022
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN