• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

[Reviu] Trapo Hex II: Kenapa anda perlukan alas kaki yang berkualiti?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:45 am
  • 04/02/2022
  • Komen
[Reviu] Trapo Hex II: Kenapa anda perlukan alas kaki yang berkualiti?
Share on FacebookShare on Twitter

Lapik kaki dalam kereta anda. Nampak macam sesuatu yang remeh tetapi tanggung jawabnya besar.

Pertama, dia bertugas untuk memerangkap pasir-pasir yang anda bawa masuk daripada luar dan memudahkan kerja-kerja pembersihan kereta.
Cuba bayangkan kalau lapik kaki digamkan pada lantai kereta macam karpet di pejabat. Setiap kali anda nak bersihkannya anda kena guna vakum khas. Bukan ke leceh? Kedua, lapik kaki ini juga menyediakan permukaan selesa tempat anda letak kaki terutamanya bahagian pemandu. Ia selalunya lebih tebal daripada lining yang digunakan pada lantai kereta.



Sewaktu baru beli kereta, mestilah anda dapat semua komponen baru. Lapik kaki pun masih cantik. Kalau dah lama-lama, tentulah anda kena tukar.
Bukan saja anda kena tukar lapik kaki sebab nak nampak cantik tapi juga kerana keselamatan.

Namun begitu, kalau anda nak tukar, pastikan anda dapatkan yang elok kerana ada kemalangan kemalangan dilaporkan di Kajang disebabkan alak kaki getah yang berlipat di bawah pedal brek.



Cuba Trapo Hex II

Trapo Malaysia ada menghantar kepada kami satu set alas kaki Trapo Hex II untuk dicuba.

Trapo Hex II adalah salah satu daripada tiga jenis lapik kaki keluaran mereka. Ini adalah jenis yang paling premium. Dua lagi jenis yang boleh anda pilih adalah Trapo Classic Mark III dan Trapo Eco II.

Satu set Trapo Hex II mengandungi sekurang-kurangnya 5 keping alas kaki yang dipotong ngam-ngam mengikut alas kaki asal kereta anda. Sebab itulah sewaktu hendak beli mana-mana produk alas kaki Trapo, anda perlu pilih model kenderaan anda.

Jika dibandingkan dengan alas kaki asal, Trapo Hex II saya rasakan lebih ringan. Pengeluarnya menggunakan bahan daripada jenis EVA Foam (Ethylene-vinyl acetate), bahan yang sama yang penggiat cosplay buat pakaian mereka ataupun yang anda temui dalam pelican case.

Walaupun ringan, ia tidaklah selalu tergelincir daripada ruang kaki. Di bahagian belakang setiap alas kaki, Trapo memasukkan teknologi Fix yang akan melekat pada lantai kenderaan dengan kemas. Solusinya adalah seperti velco tapi lebih premium kerana katanya tidak akan merosakkan lantai kereta.


Bila memandu, saya rasa lebih selesa berbanding yang asal sebab busa ini lebih tebal dan fleksibel. Jadi tekanan di bahagian tumit kurang terasa.

Penjagaannya mudah. Disebabkan ia diperbuat daripada busa EVA, ia tidak menyerap cecair. Contohnya, kalau saya tertumpah minuman, angkat saja keluar dan bilas dengan air paip.

Habuk pun senang dibersihkan, cuma ketuk-ketuk sahaja. Rongga-rongga kecil seperti ini memerangkap pasir dan ia tidak akan bertebaran dalam kereta jika anda tak bersihkannya untuk jangka waktu lama.

Dua lagi fungsi yang diiklankan dalam web tapi saya tak dapat sahkan adalah antibakteria dan antifungus. Setakat yang saya pakai, masih belum ada kulat tumbuh. Kalaupun anda guna alas kaki bukan antibakteria, bukankah anda perlu lakukan pembersihan secara berkala? Jadi, pada saya ia bukanlah faktor penarik buat saya.

Harga Trapo Hex II di Malaysia

Untuk kereta saya, Honda Jazz, satu set Trapo Hex II dijual pada harga RM459.90. Kalau kenderaan anda yang jenis MPV ataupun lebih daripada 5 penumpang, harganya akan tinggi sikit. Contohnya, versi Toyota Innova ada tanda harga RM509.90. Ia mengandungi 7 keping pelapik kaki.

Harganya pada saya agak tinggi. Tapi kalau difikiarkan ia bukanlah satu pembelian yang kerap, saya rasakan berbaloi kalau saya ada duit lebih kerana:

  1. Saya dapat produk daripada jenama yang dipercayai.
  2. Jaminan sehingga 5 tahun
  3. Waktu beli boleh customizekan warna alas kaki
  4. Ada servis pembelian beransurans

Kalau anda tak kisah dengan benda-benda yang saya sebutkan tadi, memang ada je pilihan lebih murah. Di Lazada ataupun Shopee, saya gunakan kata kunci seperti eva foam car mat, macam-macam jenislah keluar pada harga jauh lebih murah. Cumanya, kebolehpercayaan itu saya tak tahu. Kalau ok, nasib anda baik. Kalau tak, macam mana.

Anda boleh pergi ke laman web Trapo Malaysia ataupun kedai dalam talian di Lazada & Shopee.

Tags: automotifreviuTrapotrapo hex iitrapo malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
[Reviu] Trapo Hex II: Kenapa anda perlukan alas kaki yang berkualiti?

[Reviu] Trapo Hex II: Kenapa anda perlukan alas kaki yang berkualiti?

4 February 2022
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

19 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER