• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone SE dan iPad Air 5G hampir pasti dilancar bulan Mac

  • OLEH Najib
  • 4:54 pm
  • 07/02/2022
  • Komen
Gandingkan iPhone SE Baharu dengan rangkaian telco terbaik Malaysia, itu baru bijak
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini sudah kedengaran khabar tentang ketibaan iPhone SE yang mampu milik pada suku pertama 2022. Kini berita ini dihangatkan lagi apabila tarikh pelancarannya, dikatakan akan diadakan pada atau sekitar minggu pertama Mac 2022.

Bloomberg sekali lagi melaporkan bahawa Apple kini mensasarkan tarikh 8 Mac 2022 untuk acara pelancaran mereka yang akan datang. Acara ini tidak sahaja membawakan model terbaru iPhone SE, tetapi turut memperkenalkan tablet iPad Air dan laptop Mac dengan cip Apple Silicon baharu.



Bagaimanapun, khabar angin yang tidak berubah adalah apa yang baharu di iPhone SE tersebut. Ia dikatakan masih mengekalkan rekaan iPhone 8, sama seperti iPhone SE (2020) generasi kedua tetapi dipertingkat prestasi dengan cip lebih baik, dijangka Apple A15 Bionic 5G bersama kamera yang dinaiktaraf.

iPhone SE gen-2

Untuk rujukan, iPhone SE gen-2 masih menggunakan pengimbas capjari Touch ID, dengan skrin Retina HD seluas 4.7-inci. Kamera hadapannya 7MP dan kamera belakang 12MP. Ia turut dilengkapi speaker stereo, kalis air dan debu IP67 serta menyokong pengecasan wayarles. iPhone SE gen-2 dilancarkan pada bulan April 2020, dengan harga bermula daripada RM1,999 untuk storan 64GB, RM2,199 bagi 128GB dan RM2,699 dengan 256GB.



Bagi iPad Air, ia dilaporkan akan mengekalkan rekaan yang serupa tetapi dinaiktaraf dengan cip A15 Bionic 5G. Manakala cip Apple Silicon baru akan turut dilancarkan di pentas yang sama, dengan sekurang-kurangnya satu komputer baru Mac diperkenal dengan kuasa Apple Silicon baru ini. Dikatakan ia adalah Mac Mini.

Acara Apple pada bulan Mac nanti khabarnya masih menggunakan format maya, iaitu pelancaran dalam talian tanpa kehadiran fizikal. Apple mungkin meneruskan format sebegini untuk semua acara sepanjang tahun 2022, termasuk Apple WWDC dan pelancaran iPhone 14.

[Sumber: Macrumors, Bloomberg]

Bacaan Berkaitan

  • iPhone SE generasi ke-3 dilengkapi 5G akan dilancar bulan Mac?
  • Entri tentang iPhone SE 5G muncul dalam pengkalan data Russia
  • Perancis negara terakhir berhenti wajibkan Apple sertakan Earpods bersama-sama iPhone
Tags: appleapple iphone seiPhone SE
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Gandingkan iPhone SE Baharu dengan rangkaian telco terbaik Malaysia, itu baru bijak

iPhone SE dan iPad Air 5G hampir pasti dilancar bulan Mac

7 February 2022
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN