• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Durian timah ini lebih mahal daripada harga Durian duri hitam

  • OLEH Najib
  • 5:51 pm
  • 07/02/2022
  • Komen
Durian timah ini lebih mahal daripada harga Durian duri hitam
Share on FacebookShare on Twitter

Kegilaan papan kekunci mekanikal bukan sahaja terletak pada sedap rasa ia ditekan, tetapi juga dari segi rekaan dan warna yang boleh diubahsuai menjadi apa yang diingini pemiliknya. Sebab itu, tidak menghairankan ada yang sanggup menhabiskan ratusan ringgit untuk menghiasi papan kekunci dengan kekunci istimewa yang digemari.

Tetapi satu jenis kekunci yang dihasilkan oleh Rebult Keyboards ini sememangnya sangat bernilai, kerana ia dibuat menggunakan timah dan dihasilkan oleh pakar timah di Malaysia, Royal Selangor Pewter. Rebult bekerjasama dengan Royal Selangor dalam menghasilkan kekunci eksklusif yang dipanggil, The Durian Artisan Pewter Keycap.



Kekunci ini direka eksklusif dan terhad, hanya 200 unit sahaja dihasilkan. Menariknya, ia direka seakan raja buah durian, dengan duri-duri yang kelihatan tajam untuk ditekan. Apatah lagi, ia dihasilkan menggunakan bijih timah, bukannya plastik.

Kepada yang berminat untuk memilikinya, kekunci The Durian Artisan Pewter Keycap akan dijual mulai hari Sabtu, 19 Februari 2022 pukul 10 malam, hanya di laman web Rebult Keyboards. Ia dijual secara siapa cepat, dia yang dapat. Harganya pula, RM359 untuk 1 kekunci. Sememangnya lebih mahal daripada harga sekilo Durian Musang King.



Untuk kekunci ini, ia pasti diletakkan pada butang yang tidak mahu atau jarang ditekan. Apakah butang itu untuk anda?

[Sumber: Rebult]

Tags: DurianRebult KeyboardsRoyal Selangor Pewter
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Durian timah ini lebih mahal daripada harga Durian duri hitam

Durian timah ini lebih mahal daripada harga Durian duri hitam

7 February 2022
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN