• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Reno 7 dan Reno 7 Pro 5G akan datang ke Malaysia

  • OLEH Najib
  • 4:35 pm
  • 08/02/2022
  • Komen
Oppo Reno 7 dan Reno 7 Pro 5G akan datang ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo telah melancarkan tiga model di bawah siri Reno 6 tahun lepas, iaitu Reno 6, Reno 6Z dan Reno 6 Pro. Tidak lama lagi, penggantinya siri Reno 7 akan tiba di Malaysia. Kali ini, ada dua model dijangka akan datang.

Oppo Malaysia hari ini mengumumkan siri Oppo Reno 7 akan datang ke Malaysia, dengan sokongan rangkaian 5G. Seperti biasa, Oppo mengiklankan siri Reno sebagai peranti dengan kamera yang hebat, kali ini menampilkan mod potret yang dipertingkat.



Kepada peminat Oppo Reno, boleh mendaftarkan minat anda di laman web Oppo Reno 7 Malaysia. Pendaftaran minat ini tidak datang dengan sebarang kelebihan, tetapi bertanyakan maklumat peribadi yang banyak. Oppo Malaysia seharusnya menyediakan ganjaran untuk pendaftaran minat ini, sebagai ganti kepada maklumat peribadi yang diberikan.

Menurut Facebook Oppo Malaysia, akan ada dua model yang dilancarkan kelak iaitu Reno 7 5G dan Reno 7 Pro 5G. Laman web pendaftaran minat Oppo Reno 7 turut menunjukkan masa kiraan undur, menandakan tarikh pelancaran jatuh pada 22 Februari 2022.



Siri Oppo Reno 7 telah pun dilancarkan di India. Melihatkan gambar yang serupa antara versi India dan Malaysia, boleh dirumuskan peranti dengan spesifikasi yang serupa dengan India akan dibawa ke Malaysia.

Spesifikasi Oppo Reno 7

Versi lebih rendah ini dikuasakan oleh cip Mediatek Dimensity 900 sama seperti Reno 6 dahulu. Ia datang bersama RAM LPDDR4x dan storan UFS 2.2, serta menerima kad mikroSD untuk storan tambahan. Baterinya 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 65W. Hanya 31 minit mengecas penuh dari 0%.

Skrin AMOLED 6.4-inci HD Penuh dengan kadar penyegaran 90Hz terletak di hadapan, dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 5. Pengimbas capjari terdapat di dalam skrin.

Kamera belakangnya ada tiga, gabungan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera potret 2MP. Kamera hadapan pula 32MP, terletak di dalam lubang di sudut atas skrin.

Spesifikasi Oppo Reno 7 Pro

Peranti yang lebih hebat ini menggunakan cip Mediatek Dimensity 1200-MAX, RAM LPDDR4x dan storan UFS 3.1 yang lebih pantas. Tetapi tiada sokongan kad mikroSD. Bateri dan pengecasnya sama, berkapasiti 4,500mAh dan menyokong SuperVOOC 65W.

Skrin pula lebih besar, 6.5-inci HD Penuh 90Hz jenis AMOLED. Kaca Corning Gorilla Glass 5 juga digunakan.

Kamera belakang juga ada tiga, tetapi sedikit berbeza. Ia gandingan kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera potret 2MP. Kamera hadapan serupa, 32MP di dalam lubang di sudut atas skrin.

Harga

Di India, hanya satu varian dijual untuk Reno 7 dan Reno 7 Pro. Harganya adalah seperti berikut:

  • Oppo Reno 7 5G (RAM 8GB + storan 256GB) – INR 28,999 (~RM1,625)
  • Oppo Reno 7 Pro 5G (RAM 12GB + storan 256GB) – INR 39,999 (~RM2,242)

Adakah harga yang hampir serupa akan dijual di Malaysia. Kita tunggu pengumuman Oppo Malaysia yang akan datang.

Bacaan Berkaitan

  • Oppo Reno6 & Reno6 Z: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Oppo Reno6 Z 5G edisi terhad beri produk Shiseido bernilai RM450 percuma
  • Oppo Reno 6 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: oppoOppo Reno 7Oppo Reno 7 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Reno 7 dan Reno 7 Pro 5G akan datang ke Malaysia

Oppo Reno 7 dan Reno 7 Pro 5G akan datang ke Malaysia

8 February 2022
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN