• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi atasi Samsung sebagai pengedar telefon pintar terbanyak di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 8:56 pm
  • 08/02/2022
  • Komen
Xiaomi atasi Samsung sebagai pengedar telefon pintar terbanyak di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung dilihat telah sekian lama mendominasi pasaran telefon pintar di Malaysia. Tetapi tahun 2021 Samsung telah diatasi oleh satu jenama China yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia.

Laporan penganalisa pemasaran Canalys yang dikeluarkan pada Februari 2022, menyaksikan Xiaomi merupakan pengedar telefon pintar terbanyak di Malaysia, dengan pegangan pasaran sebanyak 25%. Ia diikuti oleh peneraju sekian lama, Samsung dengan 22%. Pendek kata, setiap 1 daripada 4 telefon pintar yang terjual tahun lepas, adalah jenama Xiaomi.



Tempat ke-3 hingga ke-5 dihuni oleh kerabat BBK Electronics iaitu Vivo (18%), Oppo (16%) dan Realme (8%). Mungkin ramai yang mengenali Realme sebagai anak syarikat Oppo, serta kaitan antara OnePlus dan Oppo. Tetapi Vivo sebenarnya merupakan kaum kerabat mereka, kerana semua jenama ini bernaung di bawa syarikat induk, BBK Electronics.

Perlu diingatkan juga bahawa Xiaomi turut membawa jenama lain di bawahnya iaitu Poco. Di sesetengah pasaran negara lain, Redmi turut bergerak sebagai jenama tersendiri di bawah Xiaomi.



Di peringkat antarabangsa, Canalys melaporkan sebanyak 1.35 bilion telefon pintar telah diedarkan sepanjang tahun 2021. Ekonomi dunia dilihat lebih bertenaga pada tahun 2021 apabila mencatatkan peningkatan pengedaran sebanyak 7% berbanding tahun 2020.

Secara keseluruhan, Samsung masih menduduki takhta teratas telefon pintar dunia dengan 274.5 juta unit diedarkan, merangkumi 20% pasaran. Ia diikuti oleh Apple ditempat kedua dengan 230.1 juta unit iaitu 17% pasaran. Tempat ketiga barulah Xiaomi dengan 191.2 juta unit atau 14% pasaran.

Xiaomi akan melancarkan telefon pintar baru mereka di Malaysia tidak lama lagi, siri Redmi Note 11 untuk pasaran kelas pertengahan di bawah RM1,000. Xiaomi juga telah melancarkan peranti kelas flagship, Xiaomi 12 di China dan dijangka akan diperkenal di seluruh dunia tidak lama lagi.

Tags: samsungxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi atasi Samsung sebagai pengedar telefon pintar terbanyak di Malaysia

Xiaomi atasi Samsung sebagai pengedar telefon pintar terbanyak di Malaysia

8 February 2022
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN