Antara berita yang dikupaskan dalam video minggu ini ialah, apa tindakan Bank Negara Malaysia kepada CIMB selepas mereka tersilap masukkan wang kepada pengguna? Kenapa Astro di Brunei gulung tikar? Taman tema Genting SkyWorlds sediakan harga promosi? Dan banyak lagi berita lain yang dikongsikan.
1. Menangi Galaxy Buds Live dengan bergaya bersama harimau sempena Galaxy Unpacked
Samsung telah adakan acara pelancaran peranti baru, siri Galaxy S22 pada 9 Februari 2022. Bagi meriahkan majlis itu, Samsung mencerahkan lima bandar di seluruh dunia dengan animasi harimau 3D. Samsung Malaysia tambah kemeriahan ini dengan sediakan hadiah Galaxy Buds Live (bernilai RM549) untuk dimenangi.
Maklumat lanjut di sini.
2. Cuba Katapat, versi bahasa Melayu permainan teka kata Wordle
Jika anda berminat untuk teka perkataan dalam bahasa Melayu, anda boleh cuba Katapat. Ia guna antaramuka dan peraturan yang serupa dengan Wordle. Sumber perkataan diambil daripada Kamus Online DBP. Dalam masa yang sama, Wordle telah dibeli oleh syarikat media, New York Times (NYT).
Berita penuh di bawah:
- Cuba Katapat, versi bahasa Melayu permainan teka kata Wordle
- Wordle dibeli New York Times, akan dikenakan bayaran
3. Kiple dan Western Union bekerjasama mudahkan pemindahan wang luar negara menggunakan aplikasi
Western Union umum kerjasama dengan Kiplepay Sdn Bhd untuk menjadikan penghantaran wang lebih mudah menggunakan dompet elektronik KiplePay. Dengannya, pengguna Kiple boleh kirim dan terima wang dari luar negara di peranti mereka, bila-bila masa. Kiplepay juga sediakan kad prabayar Visa.
Berita penuh di sini.
4. BNM minta CIMB tidak bebankan pengguna akibat tersilap memasukkan wang
Sebelum ini, ramai penyimpan wang di CIMB mengadu akaun bank mereka telah dibekukan. Ia berlaku selepas mereka terima SMS tentang transaksi yang tidak jelas. Dalam maklum balas kepada FreeMalaysiaToday, BNM menyatakan bahawa CIMB sedang dalam proses untuk dapatkan semula sejumlah lebihan nilai yang dikreditkan ke dalam akaun pengguna. BNM juga masih menjalankan siasatan terhadap insiden ini.
Berita lanjut di bawah:
- BNM minta CIMB tidak bebankan pengguna akibat tersilap memasukkan wang
- [Kemaskini] Akaun bank pelanggan CIMB dibekukan akibat ralat memproses
5. Astro di Brunei gulung tikar selepas 21 tahun beroperasi
Kristal-Astro, satu-satunya penyedia perkhidmatan TV berbayar di Brunei Darussalam, umum akan tamatkan perkhidmatan bermula 1 April 2022. Dalam notis yang dimuat naik, pihak penyedia perkhidmatan ada memetik tentang trend semasa yang lebih menjurus pada media digital sebagai faktor penutupan.
Berita penuh di sini.
6. Anda boleh jadi pemilik kerusi kelas perniagaan Boeing 747 sepanjang hayat
Kakilelong.com menjual kerusi pesawat Boeing 747 kepada yang berminat untuk membawanya pulang ke rumah. Mereka menawarkan kerusi kelas perniagaan dan kelas ekonomi, dari RM350.
Maklumat penuh di sini.
7. Taman tema Genting SkyWorlds dibuka 8 Februari, dapatkan tiket dengan diskaun 20%
Taman tema Genting SkyWorlds telah dibuka pada 8 Februari 2022. Sebagai pra pelancaran, mereka tawarkan diskaun 20% daripada harga yang dikenakan untuk tempahan dari 8 Februari hingga 31 Mac 2022.
Maklumat lanjut di sini.