• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Laraskan kelajuan video di Twitter dengan menggunakan Playback Speed

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:43 pm
  • 10/02/2022
  • Komen
Laraskan kelajuan video di Twitter dengan menggunakan Playback Speed
Share on FacebookShare on Twitter

Twitter sedang menguji ciri Playback Speed untuk video, di Android dan web. Dengannya, anda boleh laraskan kelajuan video yang sedang anda tonton di Twitter, mengikut kelajuan yang anda mahukan. Fungsinya sama seperti ciri Playback Speed di YouTube.

Untuk mencubanya, anda perlu tekan simbol tetapan (setting) pada bahagian atas kanan di video, kemudian akan keluar senarai kelajuan yang boleh anda cuba. Dari gambar yang Twitter kongsikan, dapat dilihat ada 8 tahap kelajuan video yang boleh dilaraskan. Bermula dari perlahan iaitu 0.25x sehingga yang paling laju iaitu 2.0x.



In 2x, 1x, 0.5x…now testing more options in playback speed for videos.

Some of you on Android and web will have different sets of playback speeds to choose from so you can slow down or speed up videos and voice Tweets. pic.twitter.com/OfGPf4F6Og

— Twitter Support (@TwitterSupport) February 8, 2022

Saya dapat akses ciri ini melalui peranti Android dan juga web, tetapi saya hanya dapat 4 peringkat kelajuan sahaja iaitu 0.25x, 0.5x, 0.75x dan 1.0x. Maksudnya, saya hanya boleh perlahankan kelajuan video, tidak boleh lajukannya. Hal ini mungkin berlaku kerana ciri ini masih dalam ujian. Maka, tidak semua orang dapat akses 8 tahap kelajuan seperti yang dikongsikan.

Android
Web

Menurut jurucakap Twitter, Joseph Nuñez, pengguna boleh memilih kelajuan pada Tweet Videos, Amplify Videos, Voice Tweets, video dalam DM dan Video Live Replays, bergantung pada platform masing-masing. Nuñez juga berkata bahawa Twitter merancang untuk mengembangkan ujian ini di peranti iOS pada masa akan datang.



Ciri Playback Speed ini sangat sesuai untuk individu yang mahu tonton video dengan cepat, atau pengguna yang mahu perlahankan video supaya faham kandungan yang disampaikan.

[Sumber: TheVerge]

Bacaan berkaitan

  • Twitter sediakan butang Downvote, fungsi sama seperti Dislike di YouTube
  • Twitter Articles, membolehkan Tweet ditulis tanpa had aksara
  • Twitter usahakan ciri seperti Close Friend di Instagram Stories, ia digelar sebagai Flock
Tags: Twitter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Laraskan kelajuan video di Twitter dengan menggunakan Playback Speed

Laraskan kelajuan video di Twitter dengan menggunakan Playback Speed

10 February 2022
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN