• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:00 pm
  • 11/08/2026
  • Komen
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak lama lagi, Honor akan membawa masuk tablet terbaharunya ke pasaran Malaysia, iaitu siri Honor Pad 20. Tablet ini merupakan pengganti kepada Honor Pad 10, diposisikan sebagai tablet yang seimbang dari segi kegunaan produktiviti dan hiburan.

Menurut Honor, model baharu ini membawakan peningkatan ketara merentasi beberapa aspek dari paparan, ciri produktiviti AI, prestasi, bateri, sehinggalah sistem pembesar suara. Seperti generasi sebelum ini, siri baharu ini dijangka bakal merangkumi dua varian, model WiFi dan juga model 5G.



Bagaimanapun, harga, tarikh pelancaran, dan spesifikasi rasmi untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan. Meskipun begitu, kita boleh rujuk kepada spesifikasi model yang telah dilancarkan di China beberapa bulan lalu sebagai gambaran awal.

Spesifikasi Honor Pad 20 di China

Berdasarkan model yang dilancarkan di China, Honor Pad 20 dilengkapi skrin IPS LCD 12.1″ dengan nisbah 16:10 dan resolusi 3000 × 1872 piksel. Tablet ini dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3, dipadankan dengan RAM 8GB serta pilihan storan 128GB atau 256GB. Ia menjalankan MagicOS 10.0 terus dari kotak.



Honor turut melengkapkan tablet ini dengan sistem enam pembesar suara. Sistem kamera pula agak ringkas, menampilkan kamera utama 8MP di belakang, serta kamera hadapan 8MP.

Bercakap soal bateri pula, tablet ini dilengkapi bateri berkapasiti 10,100mAh, yang menyokong pengecasan pantas berwayar sehingga 45W.

Selain itu, Honor turut melengkapkan tablet ini dengan PC Mode, bersama beberapa alat produktiviti berkuasa AI. Ciri-ciri ini direka khusus untuk menampung keperluan produktiviti ringan, membolehkan pengguna belajar, bekerja, mahupun menikmati kandungan media kesemuanya pada satu peranti sahaja.

Menurut Honor, pelancaran Pad 20 ini bakal meneruskan kedudukan dominan mereka dalam segmen tablet tempatan. Berdasarkan data penjejakan dan analisis pasaran pihak ketiga, Honor telah berjaya mengekalkan kedudukan nombor satu bagi tablet Android di Malaysia selama 27 bulan berturut-turut, bermula suku kedua 2024 sehinggalah suku kedua 2026.

Jenama ini dikatakan menguasai sebanyak 32% bahagian pasaran, satu kedudukan yang turut disokong oleh jualan kukuh model flagship mereka, Honor MagicPad 4.

Buat masa ini, Honor Malaysia masih belum mendedahkan tarikh pelancaran, harga, mahupun spesifikasi penuh Honor Pad 20 untuk pasaran tempatan. Maklumat lanjut dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.

Tags: honorhonor malaysiaHonor Pad 20
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN