• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Lego

Lego Technic tampilkan kereta lumba McLaren Formula 1, dihasilkan seperti model sebenar

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:28 am
  • 10/02/2022
  • Komen
Lego Technic tampilkan kereta lumba McLaren Formula 1, dihasilkan seperti model sebenar
Share on FacebookShare on Twitter

Lego Technic ketengahkan set kereta perlumbaan, iaitu McLaren Formula 1. Ia dicipta berasaskan kereta lumba McLaren F1 musim 2021. Set ini merupakan hasil kerjasama antara pereka Lego Technic dengan pereka di McLaren Racing. Dengan reka bentuk dan fungsi menarik, model ini tentunya akan menarik minat penggemar kereta lumba.

Sama seperti kereta sebenar, versi Lego ini menampilkan enjin silinder V6 dengan piston bergerak, stereng diaktifkan dari kokpit, sistem penggantungan (suspension) dan kunci pembezaan. Model ini dihasilkan dari 1,432 keping bata Lego. Ia berukuran lebih 5 inci (13 cm) tinggi, 25.5 inci (65 cm) panjang dan 10.5 inci (27 cm) lebar. Selain itu, anda boleh tambahkan sentuhan akhir pada model ini dengan pelekat penaja seperti yang dilihat pada kereta lumba F1 sebenar.



Lego Technic McLaren Formula 1 Race Car akan tersedia bermula 1 Mac 2022 di seluruh kedai bertauliah Lego, Kedai Rasmi Lego di Lazada dan Shopee, Legoland, serta peruncit dan gedung serbaneka utama di Malaysia, dengan harga RM 799.90. Jika anda sering ikuti rekaan kereta lumba Formula 1 dan menggemarinya, maka anda perlu dapatkan set Lego ini untuk jadikannya sebagai dekorasi di rumah.

Dibandingkan dengan kereta lumba sebenar, warna yang ditampilkan pada badan Lego Technic McLaren Formula 1 Race Car kelihatan sangat sama dengannya, iaitu gabungan warna kuning betik dan juga biru. Tetapi di bahagian belakang kereta sebenar ini nampak lebih ringkas berbanding model Lego yang kelihatan sedikit kompleks kerana ia dipenuhi dengan bata Lego. Selain itu, kereta McLaren sebenar mempunyai antenna di bahagian hadapan, jika Lego tambah perincian ini tentu ia akan kelihatan lebih sempurna.




[Sumber: Formula 1]

Tags: lego
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Lego Technic tampilkan kereta lumba McLaren Formula 1, dihasilkan seperti model sebenar

Lego Technic tampilkan kereta lumba McLaren Formula 1, dihasilkan seperti model sebenar

10 February 2022
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER