• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga rasmi Samsung Galaxy S22, S22+ & S22 Ultra bersama promosi tempahan awal

  • OLEH Najib
  • 12:45 am
  • 10/02/2022
  • Komen
Harga rasmi Samsung Galaxy S22, S22+ & S22 Ultra bersama promosi tempahan awal
Share on FacebookShare on Twitter

PROMOSI: Dapatkan pengecas Samsung Super Fast Charging 45W bernilai RM199 secara percuma, bersama e-baucar RM800, Silicon Cover with Strap dan Lucky Box, serta Camera Filter Mount (S22/S22+) atau Galaxy X Lamy Safari Twin Pen (S22 Ultra), apabila membeli mana-mana siri Galaxy S22 dengan kod promosi: GS22VIPSC di Stor Online Samsung. Tawaran sah sehingga 31 Mac 2022.

Seperti dijangka, Samsung Malaysia mengumumkan penawaran mereka untuk pembeli terawal siri Galaxy S22 yang baru dilancarkan di pentas antarabangsa. Pengumuman ini turut mendedahkan harga jualan rasminya di Malaysia.

Harga siri Galaxy S22

Samsung Malaysia mengekalkan harga pelancaran Galaxy S22 dan S22+, sama seperti Galaxy S21 dan S21+ tahun lepas. Tetapi untuk Galaxy S22 Ultra, ia dinaikkan RM200 berbanding Galaxy S21 Ultra.



Kali ini, Samsung terus menawarkan varian 128GB untuk semua model, memberi pilihan untuk pengguna yang kekurangan bajet untuk memiliki peranti terbaru Samsung ini.

Berikut adalah harga rasmi siri Galaxy S22 di Malaysia:



  • Galaxy S22 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM3,499
  • Galaxy S22 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM3,699
  • Galaxy S22+ (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM4,099
  • Galaxy S22+ (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM4,299
  • Galaxy S22 Ultra (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM5,099
  • Galaxy S22 Ultra (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM5,499
  • Galaxy S22 Ultra (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM5,899

Promosi tempahan awal

Peminat yang mahu menjadi pemilik terawal mana-mana siri Galaxy S22, boleh menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,317. Samsung Malaysia akan membuka tempahan awal siri Galaxy S22 mulai 10 Februari sehingga 3 Mac 2022.

Tempahan awal ini boleh dilakukan di Stor Online Samsung Malaysia, Stor Samsung Experiences serta pengedar sah Samsung.

Hadiah percuma yang diberikan berupa e-baucar bernilai RM800, casing Silicone Cover with Strap bernilai RM169 dan Lucky Box yang mengandungi tali khas Silicone Cover bernilai RM79. Khas untuk pembeli Galaxy S22 dan S22+, akan menerima hadiah tambahan Camera Filter Mount bernilai RM169. Pembeli awal Galaxy S22 Ultra pula mendapat hadiah tambahan Galaxy X LAMY Safari Twin Pen, bernilai RM269.

Untuk mengenali siri Galaxy S22 dengan lebih lanjut, rujuk laporan kami tentang pelancaran Galaxy S22, Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra.

Tags: samsungSamsung Galaxy S22Samsung Galaxy S22 Ultra
Najib

Najib

POPULAR

Harga rasmi Samsung Galaxy S22, S22+ & S22 Ultra bersama promosi tempahan awal

Harga rasmi Samsung Galaxy S22, S22+ & S22 Ultra bersama promosi tempahan awal

10 February 2022
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN