• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apple dah mula pening kepala, AirTag kerap disalah guna

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:33 am
  • 11/02/2022
  • Komen
APP Android untuk Apple AirTags kini boleh dimuat turun
Share on FacebookShare on Twitter

Sewaktu AirTag diperkenalkan dulu, sudahpun terdapat laporan tentang penyalahgunaannya. Ada yang gunakan AirTag untuk mencuri kereta, ada juga yang digunakan untuk mengendap. Namun, tiada pula kedengaran respons kuat daripada Apple. Tapi apabila Apple mengeluarkan kenyataan media, ia pastinya sesuatu yang signifikan.

Gajet penjejak seperti Apple AirTag dilapor boleh dimanipulasi untuk datangkan kemudaratan – SoyaCincau.com



Apple kini lebih serius untuk membasmi salah guna AirTag melalui beberapa pendekatan yang sedang dan bakal diambil.

Walaupun data penjejak yang mengalir antara AirTag dengan Find My Network telah disulitkan daripada hujung ke hujung, Apple masih boleh merungkaikan siapakah pemilik AirTag jahat sekiranya diminta oleh pihak berkuasa. Ia memberi kemudahan kepada pihak berkuasa untuk menjejak individu yang tidak bertanggung jawab.



Kemudian, Apple akan lakukan kemas kini kepada mesej amaran sewaktu penetapan kali pertama AirTag. Mesej yang lebih jelas tentang kegunaan AirTag yang dibenarkan akan dipaparkan kepada pemilik AirTag bagi memperjelas tanggun jawab yang digalas penggguna terhadap AirTag.

APP Android untuk Apple AirTags kini boleh dimuat turun – SoyaCincau.com

Satu lagi kemas kini adalah kepada aksesori selain AirTag yang menggunakan Find My Network. Mereka menyedari yang apabila aksesori seperti Airpods (3rd Gen), AirPods Pro, AirPods Max, ataupun aksesori pihak ketiga yang ugnakan Find My Network dikesan, mesej “Unknown Accesory Detected” akan dipaparkan. Ia akan ditambah baik untuk memaparkan jenis aksesori apakah yang berada berhampiran pengguna.

Itu adalah tiga langkah jangka pendek yang akan diambil. Mereka turut menggariskan beberapa langkah yang sedang dirancang tapi tidak tahu bilakah akan digerakkan.

Apple akan memperkenalkan fungsi Precision Finding. Ia adalah ciri yang membolehkan pengguna mencari aksesori Find My Network dengan lebih jitu. Kemudian, bunyi amaran turut akan dibunyikan pada iPhone, iPad, iPod Touch tentang keberadaan AirTag liar sebagai langkah tambahan andai AirTag liar itu sudah dimodkan speakernya untuk tidak berfungsi.

Sumber: Apple

Tags: airtagappleapple airtagkeselamatan
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

APP Android untuk Apple AirTags kini boleh dimuat turun

Apple dah mula pening kepala, AirTag kerap disalah guna

11 February 2022
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN