• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CIMB berdepan tindakan penyeliaan jika langgar undang-undang akibat tersilap proses akaun pengguna

  • OLEH Najib
  • 10:07 am
  • 12/02/2022
  • Komen
Grab, Razer, AirAsia, Axiata, CIMB antara nama yang mahu memohon lesen Bank Digital
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai pengguna CIMB mengadu menerima SMS yang menyatakan CIMB tersilap memproses, mengakibatkan wang di dalam akaun mereka ditolak dan akaun bank dibekukan. Sehubungan itu, Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan akan mengambil langkah serta tindakan penyeliaan sewajarnya ke atas CIMB sekiranya terbukti berlaku pelanggaran undang-undang atau pengawalseliaan dalam insiden tersebut.

Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata ketetapan pengawalseliaan berkenaan, termasuk aspek pematuhan piawaian pengurusan risiko yang boleh diterima. BNM juga telah meminta CIMB untuk memastikan usaha bagi mendapatkan semula dana terbabit tidak akan menjejaskan keupayaan pelanggan mendapat akses ke atas akaun masing-masing selain membolehkan pilihan munasabah untuk mereka memulangkan semula lebihan dana berkaitan.



Sementara itu, CIMB memaklumkan bahawa insiden itu berlaku akibat ralat pemprosesan perkhidmatan kiriman wang pihak ketiga, yang menyebabkan pemindahan transaksi yang dibuat kepada pelanggan CIMB diproses dua kali secara tidak sengaja. Ini mengakibatkan sebilangan kecil pelanggan CIMB terkesan kerana menerima kredit pendua ke dalam akaun mereka, iaitu jumlah diterima adalah dua kali ganda yang sepatut diterima.

Bagaimanapun, CIMB tidak menyatakan siapakah perkhidmatan kiriman wang yang dimaksudkan.



SMS yang diterima pengguna CIMB

CIMB kini dalam proses berbincang dan bekerjasama rapat dengan pelanggan yang terkesan untuk memastikan penyelesaian yang adil dan terurus, termasuk memberikan bukti dan dokumentasi jelas mengenai duplikasi kredit tercatat di penyata bank dan menyediakan skim pembayaran balik fleksibel berdasarkan keadaan individu pelanggan.

Pelanggan yang terkesan akibat masalah ini juga boleh menghubungi CIMB di talian 03 2295 6188 untuk perbincangan dan penerangan lanjut.

[Sumber: Berita Harian]

Bacaan Berkaitan

  • [Kemaskini] Akaun bank pelanggan CIMB dibekukan akibat ralat memproses
  • BNM minta CIMB tidak bebankan pengguna akibat tersilap memasukkan wang
Tags: bnmcimb
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Grab, Razer, AirAsia, Axiata, CIMB antara nama yang mahu memohon lesen Bank Digital

CIMB berdepan tindakan penyeliaan jika langgar undang-undang akibat tersilap proses akaun pengguna

12 February 2022
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN