• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CEO DNB jawab 15 persoalan Ahli Parlimen Bangi tentang pembangunan 5G Di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:41 pm
  • 14/02/2022
  • Komen
CEO DNB jawab 15 persoalan Ahli Parlimen Bangi tentang pembangunan 5G Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun rangkaian 5G di Malaysia telah dilancarkan akhir tahun lepas, Digital Nasional berhad (DNB) selaku pemegang lesen tunggal 5G di Malaysia masih belum dapat memuktamadkan kerjasama mereka dengan syarikat telekomunikasi di Malaysia. Sehingga kini, hanya YTL Communications menerusi Yes telah mula menggunakan rangkaian 5G oleh DNB. Telekom Malaysia telah menyatakan minat tetapi masih belum mula menggunakannya. Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile pula, masih berdiam diri.

Pembangunan 5G di Malaysia menerusi model Rangkaian Borong Tunggal (Single Wholesale Network, SWN) telah dipersoalkan oleh banyak pihak. Salah satunya oleh Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming. Dia telah mengemukakan 15 persoalan kepada pihak DNB supaya menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai pembangunan 5G kepada rakyat Malaysia.



The issues surrounding the national 5G rollout plan are complex and multi-layered. I prepared 15 questions for @DNB_Official to answer so that there is greater public clarity on the issues of concern.https://t.co/l7yA7wczsv

— Ong Kian Ming 🇲🇾 (@imokman) February 7, 2022

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DNB, Ralph Marshall telah menjawab semua 15 persoalan ini secara panjang lebar. Ralph turut membentangkan kenapa model SWN 5G lebih baik untuk pembangunan pantas 5G di Malaysia.

Ralph dalam kenyataan tersebut menjelaskan bahawa pelaksanaan 5G tidak boleh diserahkan kepada sektor swasta yang didorong oleh keuntungan semata-mata. Ini mengakibatkan pihak swasta melaksanakannya mengikut jadual mereka dan kawasan terpilih, seperti apa yang terjadi kepada rangkaian 4G.



Ralph turut menyatakan bahawa konsep SWN DNB adalah serupa dengan cadangan kerajaan Pakatan Harapan yang lepas, di mana Laporan Pasukan Petugas 5G Kebangsaan dan “Laporan Akhir mengenai Peruntukan Jalur Spektrum untuk Perkhidmatan Jalur Lebar Mudah Alih di Malaysia” daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), mencadangkan konsep konsortium tunggal untuk 5G.

Selain itu, perbandingan SWN 5G yang gagal seperti di Mexico adalah tidak tepat kerana Altan Redes adalah syarikat swasta dan Mexico tidak melaksanakan SWN seperti DNB. Altan Redes adalah konsortium swasta yang sudah lama bersaing di pasaran dan membangunkan infrastruktur baharu dengan kos yang tidak menjimatkan kepada syarikat telekomunikasi sedia ada.

Sebaliknya, Ralph memberi contoh negara Brunei Darussalam yang menubuhkan SWN, dengan menggabungkan kesemua rangkaian telekomunikasi sedia ada ke dalam sebuah syarikat rangkaian tunggal yang dikenali sebagai Unified National Networks (UNN). UNN ditubuhkan untuk memiliki dan mengendali keseluruhan rangkaian nasional, termasuklah semua teknologi mudah alih, rangkaian jalur lebar tetap, rangkaian pengangkutan nasional dan aset kabel kapal selam di Brunei Darussalam. UNN juga membekalkan akses rangkaian borong kepada syarikat telekomunikasi runcit atas terma berorientasikan kos, telus dan tanpa diskriminasi. Konsep yang serupa dengan DNB. Dengan UNN, tarif data telah dikurangkan dengan kelajuan data lebih pantas diperkenal di Brunei.

Tentang pemilihan Ericsson sebagai pemenang kontrak vendor Rangkaian Capaian Radio (Radio Access Network, RAN), Ralph mengatakan ia adalah pilihan yang tepat. Ericsson bukan sahaja melepasi semua proses penilaian 4 peringkat yang ketat, malah menyediakan harga kos peralatan rangkaian yang paling rendah antara semua syarikat yang mengemukakan bidaan.

Ralph turut menjelaskan mengapa anggaran kos DNB berubah daripada RM11 bilion semasa diumumkan pada Julai 2021, kepada RM12.5 bilion. Malah, kos perbelanjaan korporat dan operasi untuk menyelengarakan rangkaian 5G selama 10 tahun adalah dianggarkan berjumlah RM4 billion, termasuk kos pekerja sebanyak RM2.1 billion, untuk sehingga 750 kakitangan di mana lebih separuh akan merupakan kakitangan Bumiputera.

Anda boleh membaca jawapan penuh Ralph kepada Ong Kian Ming, sepanjang 21 mukasurat di laman web DNB di sini.

Tags: 5gDNBong kian mingRalph Marshall
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
CEO DNB jawab 15 persoalan Ahli Parlimen Bangi tentang pembangunan 5G Di Malaysia

CEO DNB jawab 15 persoalan Ahli Parlimen Bangi tentang pembangunan 5G Di Malaysia

14 February 2022
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER