• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Microsoft Teams kini 50% jimat tenaga berbanding tahun 2020

  • OLEH Najib
  • 2:02 pm
  • 15/02/2022
  • Komen
Microsoft Teams kini 50% jimat tenaga berbanding tahun 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Penularan wabak COVID-19, mengakibatkan corak kerja dunia berubah apabila syarikat terpaksa beralih kepada kerja jarak jauh. Ini menyaksikan peningkatan penggunaan perisian persidangan video seperti Google Meet, Zoom dan juga Microsoft Teams.

Microsoft kini menyatakan, perisian persidangan video mereka, Teams kini menggunakan tenaga yang lebih rendah sejak dikemaskini pada Jun 2020. Ini menjadikan Teams lebih mesra digunakan di peranti berkuasa rendah.



Robert Aichner, Pengurus Program Kumpulan Utama di Microsoft menyatakan bahawa Micrsoft Teams kini menggunakan sehingga 50% kurang tenaga sewaktu penggunaan berkuasa tinggi seperti persidangan dengan lebih 10 peserta dan video dihidupkan. Naik taraf ini dijayakan dengan mengoptimumkan proses intensif tenaga seperti merakam kandungan, pengekodan dan ‘rendering’.

Aichner menerangkan, fokus diberikan untuk mengoptimasikan kamera supaya mengurangkan proses kepada CPU sewaktu video digunakan, dengan cara mengurangkan kerumitan kod untuk video seperti “auto-exposure, auto-white balance, auto-aliasing”. Ia menghasilkan pengurangan tenaga digunakan pada kamera dan proses mengecam wajah.



Pada “video render” pula, terutama sewaktu persidangan dengan jumlah peserta yang banyak, kuasa memproses dikurangkan dengan menggabungkan pelbagai strim video dan menggabungkan menjadi satu video. Microsoft berkongsikan garis masa naik taraf dibuat:

  • Oktober 2020: Tangkapan dan pengoptimuman perkakasan dan video (dengan mengurangkan beban CPU apabila menggunakan kamera video)
  • Februari 2021: Menggabungkan berbilang elemen skrin untuk satu proses render (peningkatan dalam memproses berbilang strim video dalam panggilan persidangan)
  • Jun 2021: Render video langsung (memaparkan video terus pada skrin dan bukannya lapisan web)
  • November 2021: Pengoptimuman render dengan GPU (peningkatan penggunaan kad grafik untuk render video)
  • Disember 2021: Pratonton pembaikan render (pengoptimuman render pratonton video panggilan video)

Di masa akan datang, Microsoft akan bekerjasama rapat dengan pengeluar cip CPU dan GPU, untuk memastikan cip mereka akan datang dipotimasikan untuk persidangan video Microsoft Teams.

[Sumber: Bleepingcomputer]

Tags: Microsoftmicrosoft teams
Najib

Najib

POPULAR

Microsoft Teams kini 50% jimat tenaga berbanding tahun 2020

Microsoft Teams kini 50% jimat tenaga berbanding tahun 2020

15 February 2022
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN