• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dengan LinkBuds, Sony wujudkan satu kategori baru dalam produk audio TWS

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:00 pm
  • 16/02/2022
  • Komen
Dengan LinkBuds, Sony wujudkan satu kategori baru dalam produk audio TWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kelengkapan audio jenis earbuds TWS sangat popular masa ini. Selepas AirPods, berduyun-duyun pengeluar hadir dengan rekaan hampir serupa. Hanya sebilangan pengeluar sahaja yang berani hadir dengan idea segar. Namun, LinkBuds daripada Sony adalah sesuatu yang luar biasa kerana mereka wujudkan satu kategori baharu terus.

Walaupun tidak dinyatakan secara khusus, LinkBuds boleh dikelaskan sebagai earbuds TWS jenis terbuka (open-back), seperti kategori headfon open-back. Kategori ini merujuk kepada ketiadaan penghalang fizikal antara telinga dengan persekitaran luar yang menyebabkan audio daripada persekitaran bebas memasuki telinga tanpa masalah.



Fizikalitinya unik, nampak seperti diagram Venn dengan unit audionya berlubang di tengah, seakan sebuah chakram. Di dalam unit itu terdapat komponen speaker berbentuk bulat yang menembak audio ke bahagian pusat bulatan sebelum dipantul masuk ke gegendang telinga.

Disebabkan ia bukanlah jenis yang disumbat masuk ke salur telinga, penguna yang ada masalah untuk cari getah penyumbat yang sesuai tidak akan menghadapi masalah itu pada LinkBuds. Apa yang perlu mereka lakukan adalah menukar getah sayap LinkBuds yang kemas, mengikut bentuk cuping telinga.



Anda boleh temui segala ciri menarik earbuds premium Sony seperti kekalisan air IPX4. 360 Reality Audio, Bluetooth 5.2, DSEE, dan macam-macam lagi kecuali penyaring hingar aktif. Tidaklah mengejutkan dek fizikaliti produk ini.

Dengan satu bateri penuh, LinkBuds boleh beroperasi selama 5.5 jam ataupun 2.5 jam bila anda gunakannya untuk jawab panggilan tanpa henti. Bekasnya ada menyimpan tenaga yang boleh kuasakan LinkBuds untuk 12 jam lagi.

Sony LinkBuds dijual pada harga USD180 (RM754). Untuk perbandingan, earbuds WF-1000XM4 mereka dijual dalam pasaran kita pada harga RM1,099. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: audioSonysony linkbuds
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Dengan LinkBuds, Sony wujudkan satu kategori baru dalam produk audio TWS

Dengan LinkBuds, Sony wujudkan satu kategori baru dalam produk audio TWS

16 February 2022
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

21 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER