• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maxis berjaya uji rangkaian 10Gbps, muat turun 1GB kurang dari 1 saat

  • OLEH Najib
  • 4:01 pm
  • 16/02/2022
  • Komen
Maxis berjaya uji rangkaian 10Gbps, muat turun 1GB kurang dari 1 saat
Share on FacebookShare on Twitter

Maxis baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah berjaya dalam percubaan teknologi 10G PON (Gigabit Passive Optical Network), dengan capaian kelajuan muat turun hampir 10Gbps melalui rangkaian fibre-ke-kediaman (FTTH). Ujian yang dijalankan di Menara Maxis itu, mencatatkan muat turun video 1GB dalam masa kurang dari satu saat. Kebiasaannya, ia mengambil masa kira-kira 23 saat dengan kelajuan 300Mbps.

Tangkap layar ujian muat turun Speedtest menunjukkan ia memiliki kelajuan simetri, dengan kelajuan muat turun 9,436.95Mbps dan muat naik 8,905.42Mbps. Kependaman pula hanya 3ms.



Teknologi 10G PON merupakan teknologi rangkaian optik pasif terpantas untuk menyediakan kesalinghubungan fiber dengan kelajuan Gbps lebih pantas berbanding teknologi GPON biasa yang sedia ada di Malaysia. Kebanyakan penggunaan fiber masa kini mengunakan teknologi GPON yang menyokong sehingga 2.5Gbps kelajuan hiliran secara perkongsian.

Rob Sewell, Ketua Pegawai Strategi Teknologi Maxis berkata, “Infrastruktur rangkaian kini semakin berkembang. Dengan peningkatan perkhidmatan baharu seperti pengkomputeran awan, VR, AR, dan juga kampus fiber-penuh (full-fibre), peningkatan rangkaian kapasiti tinggi kritikal bagi menyokong keperluan lebar jalur masa depan. Kami teruja dengan pencapaian ini yang mencerminkan komitmen kami terhadap inovasi teknologi terbaik dalam dunia yang sentiasa bersalinghubung, serta aspirasi kempen Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia kami.”



Buat masa ini, Maxis menawarkan pelan jalur lebar tetap dengan kelajuan dari 30Mbps sehingga 800Mbps. Seperti yang dimaklumkan sewaktu pelancaran kempen Rangkaian Kita, Rangkaian Malaysia, Maxis memiliki akses kepada lebih 21,000km liputan fiber mencapai 5.5 juta premis di seluruh negara. Buat masa ini, Maxis memiliki 4.8 juta pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mudah alih dan talian tetap.

Selain rangkaian jalur lebar tetap sendiri, Maxis juga telah menandatangani perjanjian dengan penyedia jalur lebar tetap lain seperti TM HSBB, SACOFA di Sarawak, Celcom Timur di Sabah dan Allo. Ia untuk meluaskan capaian jalur lebar tetap mereka di seluruh negara.

Bacaan Berkaitan

  • Kerjasama Maxis dan Allo menjadikan Maxis penyedia jalur lebar tetap terluas di Malaysia
  • Hotlink Internet 365 dimansuhkan, Hotlink Pantas! menyusul
  • Maxis tambah 10GB kuota Internet kepada semua pelan pascabayarnya
Tags: maxis
Najib

Najib

POPULAR

Maxis berjaya uji rangkaian 10Gbps, muat turun 1GB kurang dari 1 saat

Maxis berjaya uji rangkaian 10Gbps, muat turun 1GB kurang dari 1 saat

16 February 2022
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN