• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Microsoft Surface Laptop Studio: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:37 pm
  • 16/02/2022
  • Komen
Microsoft Surface Laptop Studio ada rekaan unik dan spesifikasi premium
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas kedatangan Surface Pro 8, Microsoft kini mengumumkan ketibaan laptop berkuasa tinggi mereka, Surface Laptop Studio ke Malaysia. Tempahan awal untuk laptop ini dibuka mulai 15 Februari di pengedar sah Microsoft di seluruh Malaysia.

Surface Laptop Studio adalah laptop Surface paling berkuasa masa kini. Ia bukanlah laptop biasa kerana Microsoft menggelarnya sebagai peranti dengan kuasa tinggi desktop, mudah alih seperti laptop dan studio kreatif semua-dalam-satu. Rekaan canggihnya dicipta untuk pelbagai kegunaan tidak kira pembangun perisian, pencipta kandungan kreatif mahupun bermain game.



Harga jualan Microsoft Surface Laptop Studio di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Intel Core i5, Iris Xe Graphics, RAM 16GB, SSD 256GB – RM7,399
  • Intel Core i7, GeForce RTX 3050 Ti, RAM 16GB, SSD 512GB – RM9,399
  • Intel Core i5, Iris Xe Graphics, RAM 32GB, SSD 1TB – RM11,999 (eksklusif di Harvey Norman)

Laptop berkuasa tinggi ini akan sedia dijual di Malaysia pada 3 Mac 2022, di pengedar sah Microsoft seperti All IT, Gloo by SNS Network, Harvey Norman, Lazada-Microsoft Authorised store, PC Image, Senheng,  Shopee-Microsoft Authorised store dan TMT by Thundermatch.



Microsoft turut mengumumkan pembukaan pusat khidmat Microsoft Concierge, di mana orang ramai boleh mendapatkan khidmat nasihat untuk memilih peranti Microsoft Surface yang menepati keperluan mereka, serta bantuan untuk menaik taraf Windows 11. Microsoft Concierge terdapat di Plaza Low Yat, diuruskan oleh Gloo by SNS Network, serta di Pavilion Bukit Jalil 2 oleh Harvey Norman.

Spesifikasi

Laptop berkuasa tinggi ini dilengkapi pemproses Intel Core-i generasi ke-11, bersama grafik Intel Iris Xe atau NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti. RAM pula jenis LPDDR4x sehingga 32GB manakala storan SSD ditawarkan sehingga 1TB.

Paparannya seluas 14.1-inci, digelar PixelSense Flow dengan kadar penyegaran sehingga 120Hz. Seperti biasa, paparan ini menggunakan nisbah 3:2 dengan resolusi 2400×1600 (201 PPI). Apa yang unik pada paparan ini adalah ia boleh diputarkan untuk kegunaan seperti tablet dan ditegakkan dalam pelbagai sudut.

Sebagai laptop, ia memiliki papan kekunci terbina siap tetapi tidak boleh dicabut, berbeza dengan Surface biasa. Di samping itu, terdapat stailus Surface Slim Pen 2 yang melekat secara magnetik di bawah papan kekunci.

Di bahagian atas skrin, terdapat kamera HD Penuh untuk kegunaan persidangan video. Ia dipadankan dengan dua mikrofon bertaraf Studio. Sistem bunyi empat pembesar suara Omnisonic turut dilengkapi padanya, diperkasa teknologi bunyi Dolby Atmos.

Bacaan Berkaitan

  • Microsoft Surface Laptop Studio ada rekaan unik dan spesifikasi premium
  • Microsoft Surface Pro 8: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Surface Go 3: Dah nak masuk 2022 masih guna eMMC?
Tags: MicrosoftMicrosoft Surfacemicrosoft surface laptop studio
Najib

Najib

POPULAR

Microsoft Surface Laptop Studio ada rekaan unik dan spesifikasi premium

Microsoft Surface Laptop Studio: Maklumat penjualannya di Malaysia

16 February 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER