• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kenapa Samsung Galaxy dan iPhone tidak boleh guna 5G di Malaysia? Ini jawapan DNB

  • OLEH Najib
  • 9:24 am
  • 17/02/2022
  • Komen
Kenapa Samsung Galaxy dan iPhone tidak boleh guna 5G di Malaysia? Ini jawapan DNB
Share on FacebookShare on Twitter

Digital Nasional Berhad (DNB) telah melancarkan rangkaian 5G di Malaysia pada 15 Disember 2021. DNB turut menawarkan akses 5G percuma kepada semua syarikat telekomunikasi yang berminat, sehingga akhir Mac 2022. Buat masa ini, hanya Yes yang menerima tawaran ini dan menawarkan perkhidmatan 5G di Malaysia.

Selain itu, tidak semua peranti 5G boleh berhubung ke rangkaian 5G DNB. Malangnya, peranti yang lebih popular tidak termasuk di dalam senarai yang boleh menggunakan rangkaian 5G ini, termasuk telefon pintar Samsung Galaxy dan Apple iPhone.



Bagi menjelaskan persoalan tentang sokongan peranti 5G, DNB telah mengeluarkan kenyataan rasmi serta soalan lazim (FAQ) di media sosial mereka. Menurut DNB, mereka terbuka kepada semua pengeluar dan mahu mempercepatkan ekosistem peranti aktif untuk rangkaian 5G di Malaysia. DNB sedia menerima semua jenis peranti 5G untuk menjadi inklusif dan menyokong semua jenis bajet dari kelas permulaan sehingga peranti flagship. Bagaimanapun, DNB juga menyatakan bahawa kesediaan sokongan peranti 5G di Malaysia terletak pada pengeluar peranti itu sendiri.

DNB tidak mengesahkan atau meluluskan peranti 5G

DNB menekankan bahawa bukan tanggungjawab mereka untuk mengesahkan atau meluluskan peranti 5G. Sebaliknya, mereka menyediakan kemudahan untuk pengilang menjalankan ujian seperti ujian statik awal, serta laluan ujian supaya ujian pemanduan di jalan raya boleh diadakan bagi membolehkan peranti dikonfigurasikan, serta kemas kini perisian tegar agar serasi dengan rangkaian 5G. Pensijilan peranti diterajui oleh SIRIM, dengan bimbingan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).



Kenyataan rasmi DNB dikeluarkan sebagai balasan kepada artikel Amanz yang mengatakan, DNB Membuang Samsung Daripada Peranti Yang Disokong. Semasa pelancaran pada 15 Disember 2021, laman web DNB telah mengeluarkan senarai peranti yang menyokong rangkaian 5G mereka, termasuk telefon pintar Samsung Galaxy S21, S21+ dan S21 Ultra. Model lain Samsung seperti siri Galaxy A yang lebih murah serta peranti flagship seperti siri Galaxy Note, S20, Z Flip 3 dan Z Fold 3, diletakkan dalam senarai ‘akan datang’.

Selepas menerima pek SIM Yes 5G, SoyaCincau telah dimaklumkan oleh Yes bahawa semua peranti Samsung Galaxy dan Apple iPhone tidak menyokong rangkaian 5G lagi. Apabila sim Yes 5G ini dimasukkan ke dalam Galaxy S21 Ultra, ia bersambung ke rangkaian 4G sahaja. Tetapi 5G boleh berhubung di telefon pintar Xiaomi 11T Pro dan Oppo Find N. Buat masa ini, Yes menyenaraikan kebanyakan peranti dari China sebagai serasi dengan rangkaian 5G, antaranya Xiaomi, Honor, Huawei, ZTE, Oppo, Poco, Redmi, Realme, dan Vivo.

DNB juga telah mengemaskini senarai peranti mereka dan siri Galaxy S21 telah dimasukkan ke dalam senarai “Upcoming” (akan datang). Ia dijangka akan disokong pada suku pertama 2022.

Peranti Samsung Galaxy dijangka sedia menggunakan 5G pada suku pertama 2022

Apa yang diperlukan untuk menyokong 5G?

Dalam soalan lazim (FAQ) DNB, masa yang diperlukan untuk peranti sedia 5G bergantung kepada proses khusus oleh setiap pengeluar. DNB menjelaskan bahawa mereka tidak terlibat dalam pensijilan peranti dan meminta pengguna untuk menghubungi penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan dan pengeluar peranti untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tentang pengesahan, kebanyakan peranti flagship 5G termassuk Samsung dan Apple telah diluluskan oleh SIRIM untuk kegunaan jalur 700MHz dan 3.5GHz. Walaupun kebanyakan telefon pintar boleh terus menggunakan 5G apabila rangkaian 5G tersedia, beberapa jenama masih memerlukan kemaskini perisian. Ini termasuk peranti Samsung dan Apple. Menurut sumber kami, Samsung dijangka akan mengeluarkan kemaskini perisian untuk pengguna di Malaysia tidak lama lagi bagi membolehkan sambungan ke rangkaian 5G.

Semasa 4G pertama kali diaktifkan di Malaysia pada tahun 2013, pengguna iPhone 5 perlu memuat turun kemaskini “Carrier Settings” untuk mengaktifkan LTE. Kemaskini ini diberikan kepada penyedia rangkaian telekomunikasi (telco) yang diiktiraf oleh Apple sahaja. Di dalam senarai terkini, Apple hanya menyenaraikan Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile sahaja di Malaysia dan semuanya menyokong LTE, FaceTime, eSIM dan VoLTE. Selain itu, hanya telco ini sahaja yang menawarkan pelan kontrak iPhone.

Dijangka perkara yang sama akan dilaksanakan Apple untuk mengaktifkan 5G di iPhone. Dari laman web Apple, untuk menggunakan 5G di iPhone 12 dan 13, pengguna perlu menggunakan pelan 5G di telco yang menyokong 5G. Di Singapura, ketiga-tiga telco utama iaitu M1, Singtel dan Starhub disenaraikan, tetapi masih tiada telco Malaysia.

Jika anda perasan, telco lain iaitu Yes dan Unifi Mobile tiada dalam senarai Apple dan ini menjelaskan kenapa pengguna mereka tidak boleh menggunakan FaceTime dan iMessage. Di FAQ Yes turut menerangkan bahawa pelan 4G LTE mereka hanya menyokong peranti iPhone untuk data sahaja.

[Sumber: DNB]

Bacaan Berkaitan

  • DNB lancar 5G di Malaysia, Yes jadi penyedia 5G pertama
  • DNB sedia 5G percuma selama 3 bulan mulai 15 Disember, tertakluk kepada kesediaan telco
  • Pelan Yes untuk 5G tanpa had terdedah, dari RM30/bulan
  • Senarai penuh peranti 5G yang menyokong rangkaian 5G DNB, iPhone dijangka tahun hadapan
  • CEO DNB jawab 15 persoalan Ahli Parlimen Bangi tentang pembangunan 5G Di Malaysia
Tags: 5g5g malaysiaappleDNBsamsung
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa Samsung Galaxy dan iPhone tidak boleh guna 5G di Malaysia? Ini jawapan DNB

Kenapa Samsung Galaxy dan iPhone tidak boleh guna 5G di Malaysia? Ini jawapan DNB

17 February 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER