• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Volkswagen Golf R, anda bayar RM1.13K untuk setiap kuasa kudanya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:38 pm
  • 17/02/2022
  • Komen
Volkswagen Golf R, anda bayar RM1.13K untuk setiap kuasa kudanya
Share on FacebookShare on Twitter

Bersama-sama dengan pelancaran Golf GTI dan Golf R-Line, Volkswagen turut mengejutkan hadirin apabila turut melancarkan ahli paling berkuasa siri itu, Golf R untuk pasaran Malaysia.

Unit yang disediakan untuk pasaran kita adalah terhad kerana ia adalah kenderaan import sepenuhnya. Tanda harga yang dipegang kereta ini adalah RM357.5k dan tempahan untuk memilikinya sudahpun dibuka.



Volkswagen Golf R di Malaysia

Sebagai ahli paling premium dalam sirinya, Golf R dilengkapi dengan paling banyak ciri-ciri menarik. Kuasanya dijana daripada enjin 2.0L turbocharged yang bergandingan bersama kotak transmisi DSG 7 kelajuan macam Golf GTI. Gandingan ini memuntahkan kira-kira 320PS (315hp) dengan daya kilas setinggi 400Nm.

Membekalkan bahan api kepada enjin kereta ini adalah tangki petrol 50L dengan kadar penggunaan dimaklumkan pada paras 12.8km untuk setiap liter.



Golf R kali ini dilengkapi teknologi 4Motion yang baharu. Ia ada ciri tambahan yang bernama Performance Torque Vectoring. Dengan ciri ini, kuasa daripada transimisi diagihkan kepada semua roda untuk cengkaman lebih bagus sewaktu memandu. Lebih baik, Torque Vectoring membolehkan penghantaran kuasa dikawal bagi setiap roda bagi mengoptimumkan pemanduan terutamanya di selekoh.

Di dalam kabin, perkakasan mirip Golf GTI boleh ditemui. Tapi, Golf R ada kelebihan kerana ia ada mode Sport yang tiada pada dua saudaranya yang lain. Driver’s Workspace kereta ini dilengkapi speedometer 10” dengan infotainment juga bersaiz 10”. Menjadi pelengkap kepada ciri premium kereta ini adalah 10 speaker Harman Kardon dengan kuasa 480W.

Pada ciri keselamatan, Golf R masih tidak dilengkapi ciri pemanduan pintar berautonomi. ciri keselamatan asas yang hadir adalah seperti 6 beg udara, Electronic Stability Control (ECS) dan Intelligent Crash Response System (ICRS).

Bacaan berkaitan

Volkswagen Malaysia GTI dan R-Line Mk8 dilancar lebih murah dek pemasangan tempatan, harga bemula RM155 ribu – SoyaCincau.com

Tags: Volkswagenvolkswagen golfvolkswagen golf r
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Volkswagen Golf R, anda bayar RM1.13K untuk setiap kuasa kudanya

Volkswagen Golf R, anda bayar RM1.13K untuk setiap kuasa kudanya

17 February 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN