• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Google

Google Search uji reka bentuk baru, tambah 6 kotak widget di muka utama

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:40 pm
  • 18/02/2022
  • Komen
Google Search uji reka bentuk baru, tambah 6 kotak widget di muka utama
Share on FacebookShare on Twitter

Kebiasaannya, halaman Google Search hanya memaparkan kotak carian sahaja sebagai perkara utama untuk digunakan individu. Tetapi kini, platform itu sedang menguji penambahan widget pada web di desktop. Ia muncul di bahagian bawah kotak carian.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan sumber, dapat dilihat ada 6 kotak widget tersedia apabila tab dibesarkan sepenuhnya. Setiap kotak membawa kategori yang berbeza. 6 kotak itu ialah:



  1. Cuaca – Dalam kotak ini ada dinyatakan keadaan cuaca, suhu beserta ikon cuaca itu. Ia diikuti ramalan cuaca untuk 3 hari berikutnya.
  2. Trending – Dinyatakan tajuk carian yang trending, jumlah carian beserta gambar cover
  3. What to Watch – Dinyatakan cadangan rancangan atau filem untuk ditonton beserta gambarnya
  4. Saham/pasaran
  5. Local Events (Acara tempatan)
  6. COVID News

Seterusnya, pada bahagian bawah kanan ada butang Hide Content. Mungkin butang ini membolehkan pengguna pilih untuk paparkan atau menyembunyikan widget. Selain itu, di bahagian bawah kiri pula tertera nama bandar. Lokasi tersebut diletakkan berdasarkan aktiviti masa lalu pengguna.

Bilangan kotak widget yang muncul bergantung pada saiz skrin anda. Ia tidak boleh di scroll dan anda tak boleh lihat semuanya tanpa mengembangkan tab kepada skrin penuh. Apabila salah satu kotak widget dibuka, ia akan membawa anda menemui Knowledge Panel dan/atau perkara yang berkaitan dengan carian itu.



Namun buat masa ini, widget untuk halaman Google Search di web hanya dilepaskan untuk pengguna tertentu sahaja. Sekiranya fungsi ini dilancarkan kepada semua, tentu ia akan memudahkan individu untuk mengakses maklumat tertentu, tanpa perlu membuat carian. Contohnya, jika ingin tahu tentang berita COVID, anda hanya perlu tekan pada kotak widget COVID News. Selain itu, ciri ini juga dapat jadikan pengguna peka dengan cuaca serta isu semasa melalui kotak widget cuaca dan Trending.

[Sumber: 9TO5Google]

Tags: Googlegoogle search
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Google Search uji reka bentuk baru, tambah 6 kotak widget di muka utama

Google Search uji reka bentuk baru, tambah 6 kotak widget di muka utama

18 February 2022
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER