• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Cara untuk tahu sama ada kit RTK-Ag COVID-19 anda diluluskan KKM ataupun tidak

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:58 pm
  • 21/02/2022
  • Komen
Cara untuk tahu sama ada kit RTK-Ag COVID-19 anda diluluskan KKM ataupun tidak
Share on FacebookShare on Twitter

Setakat artikel ini ditulis, terdapat 124 jenis kit ujian pantas (RTK) COVID-19 telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).  Adalah penting untuk anda mendapatkan kit ujian yang diperakukan KKM supaya tiada ralat berlaku sewaktu anda lakukan ujian COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah pernah mengingatkan yang menggunakan kit ujian yang tidak diperakukan boleh merisikokan diri sendiri dan orang lain kerana kit yang digunakan mungkin tidak mempunyai kepekaan yang cukup untuk mengesan virus itu.



Sekiranya anda temukan kit ujian kendiri yang dijual luar biasa murah, adakah anda yakin yang ia telah diperakukan KKM? Memang ada ujian yang dijual bawah RM5, tapi pastikan ia berada dalam pengkalan data perakuan KKM. Pengkalan data yang mengandungi senarai kit yang ada kelulusan boleh didapati di dalam pautan di bawah:

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan



Senarai ini dikemas kini daripada masa ke masa. Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk meneliti kotak kit ujian RTK-Ag COVID-19 yang ingin anda beli, cari maklumat tentang nombor LOT. Apabila anda sudah dapat nombor LOT, bandingkannya pula dengan pengkalan data MDA.

Bandingkan nombor LOT antara kit dengan pengkalan data

Sekiranya anda membeli kit ujian kendiri COVID-19, jangan lupa untuk nikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 yang ditawarkan kerajaan. Insentif ini juga boleh dimanfaatkan bila anda lakukan ujian calit PCR yang lebih mahal.

Bacaan berkaitan

LHDN beri pelepasan cukai sehingga RM1,000 untuk pembelian RTK-Ag dan RT-PCR COVID-19 – SoyaCincau.com

Tags: COVID-19Kit Ujian Kendiri COVID-19mdartk covid-19
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Cara untuk tahu sama ada kit RTK-Ag COVID-19 anda diluluskan KKM ataupun tidak

Cara untuk tahu sama ada kit RTK-Ag COVID-19 anda diluluskan KKM ataupun tidak

21 February 2022
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN