• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengecas 45W di Galaxy S22+ dan S22 Ultra hampir tiada beza dengan pengecas 25W

  • OLEH Najib
  • 11:45 am
  • 21/02/2022
  • Komen
Samsung Galaxy S22 Ultra: Jelmaan semula Note 20 Ultra
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung melancarkan siri Galaxy S22 dengan mengembalikan semula kuasa pengecas 45W untuk Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra. Ini kerana ia pernah ada di siri Galaxy S20, tetapi tiada pada siri Galaxy S21.

Tetapi pengecas lebih berkuasa ini seperti tidak berguna. Beberapa penguji telah mencuba kuasa mengecas ini dan mendapati menggunakan pengecas 45W hampir tiada beza dengan pengecas 25W.



Penguji di GSMarena telah cuba mengecas Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra, menggunakan pengecas Samsung 25W, pengecas Samsung 45W dan pengecas PD 65W. Walaupun kuasa mengecas 45W hampir dua kali ganda berbanding 25W, perbezaan masa mengecas sangat jauh berbeza.

Untuk mengecas selama 30 minit, Galaxy S22+ dengan pengecas 25W telah mencapai 62% manakala pengecas 45W hanya 64%. Bagi Galaxy S22 Ultra pula, pengecas 25W mencecah 61% manakala pengecas 45W ketinggalan pada 60%. Tetapi dengan pengecas PD 65W, S22 Ultra telah mengisi 65% meninggalkan pengecas Samsung 45W.



Bagi mengecas penuh pula, di S22+ dengan pengecas 25W mengambil masa 62 minit dan pengecas 45W hanya cepat seminit iaitu 61 minit. Di S22 Ultra, ia mengambil masa 64 minit dengan pengecas 45W dan 59 minit dengan pengecas 45W. Menggunakan pengecas PD 65W pula lambat sedikit kali ini, iaitu 62 minit.

Dari penemuan ini, terdapat dua kesimpulan boleh dirumuskan. Pertama, kuasa mengecas 45W hampir tidak berguna di Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra. Malah, Samsung boleh dikatakan cuba memperdaya pengguna apabila melabel sokongan 45W, apabila ia tidak banyak berbeza dengan pengecas 25W.

Kedua, pengguna tidak perlu membazir membeli pengecas Samsung 45W apabila pengecas 25W memberi prestasi yang hampir serupa. Malah, lebih baik membeli pengecas PD 65W yang boleh memberi keputusan yang serupa, di samping menyokong pengecasan lebih pantas untuk peranti lain seperti laptop.

Kenapa peranti Samsung Galaxy masih tidak menyokong pengecasan lebih pantas tidaklah diketahui. Kebanyakan pengeluar peranti China, telah menjadikan pengecas 60W sebagai standard untuk peranti flagship mereka. Malah, telefon pintar Xiaomi 11T Pro telah dilancarkan di Malaysia dengan kuasa pengecas 120W, bersama kepala pengecas diberikan di dalam kotak.

Ada yang mengatakan, Samsung masih dihantui pengalaman buruk mereka di Galaxy Note 7 yang dilaporkan terbakar dan meletup satu masa dahulu. Sebagai peneraju teknologi dengan pengalaman lebih meluas, pastinya Samsung ada cara untuk menjadikan sokongan pengecasan pantas lebih tinggi satu realiti. Bagaimanapun, persoalan ini hanya boleh dijawab oleh pihak Samsung sendiri.

[Sumber: GSMarena]

Tags: Galaxy S22samsungSamsung Galaxy S22Samsung Galaxy S22 Ultra
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy S22 Ultra: Jelmaan semula Note 20 Ultra

Pengecas 45W di Galaxy S22+ dan S22 Ultra hampir tiada beza dengan pengecas 25W

21 February 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER