• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelitup muka Uniqlo Airism 3D Mask tampil dengan bentuk 3D & rekaan lebih bergaya dari versi sebelumnya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:37 pm
  • 22/02/2022
  • Komen
Pelitup muka Uniqlo Airism 3D Mask tampil dengan bentuk 3D & rekaan lebih bergaya dari versi sebelumnya
Share on FacebookShare on Twitter

Uniqlo melancarkan pelitup muka Airism versi baharu iaitu Airism 3D Mask. Jika anda ada pelitup muka Airism, versi ini nampaknya tampil dengan rekaan sedikit berbeza. Airism 3D Mask direka oleh Tokujin Yoshioka iaitu pereka antarabangsa yang pernah memenangi anugerah dan telah mengeluarkan pelbagai rekaan yang luar biasa.

Ada lapisan menghalang 90% sinar UV

Pelitup muka ini mempunyai 3 lapisan. Dari dalam, lapisan ini diperbuat daripada fabrik mesh Airism yang lembut dan ia memberi keselesaan kepada pemakai untuk bernafas. Lapisan kedua pula ialah non-woven (bukan tenunan). Ia dikatakan boleh penapis sehingga 99% bakteria dan menyekat titisan. Ia kemudian digandingkan dengan lapisan hadapan yang menghalang 90% sinar UV.



Ada pelaras telinga

Yang membezakan Airism 3D Mask dengan pelitup muka Uniqlo versi pertama adalah rekaannya. Untuk versi ini, anda boleh laraskannya pada bahagian telinga mengikut kesesuaian wajah. Selain itu, ia direka dengan garis muka yang halus agar pemakai kelihatan lebih bergaya. Ia seterusnya tampil dengan reka bentuk 3D yang dapat mengurangkan tekanan pada bibir dan secara tidak langsung menjadikan pemakai mudah bernafas dan berbual.

Pelitup muka boleh basuh

Memandangkan pelitup muka dipakai individu setiap hari, Uniqlo memberi tumpuan untuk menghasilkan pelitup muka yang boleh dibasuh. Sama seperti pelitup muka Airism sebelum ini, Airism 3D Mask juga boleh dicuci menggunakan mesin. Berdasarkan ujian yang dijalankan oleh agensi ujian profesional, didapati bahawa penapis non-woven masih kekal keberkesanannya walaupun selepas 20 kali basuhan.



Maklumat jualan

Airism 3D Mask dijual pada harga RM39.90 untuk satu paket yang mengandungi 2 helai pelitup muka. Ia tersedia dari saiz S sehingga XL. Ada 3 pilihan warna boleh dipilih iaitu putih, biru navy dan pink. Jualan akan bermula pada hari Isnin, 28 Februari. Anda boleh dapatkannya di semua outlet Uniqlo di Malaysia dan melalui laman web Uniqlo.

Tags: Uniqlo
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Pelitup muka Uniqlo Airism 3D Mask tampil dengan bentuk 3D & rekaan lebih bergaya dari versi sebelumnya

Pelitup muka Uniqlo Airism 3D Mask tampil dengan bentuk 3D & rekaan lebih bergaya dari versi sebelumnya

22 February 2022
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER