• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM sertai konsortium kabel dasar laut SMW6, hubungkan Malaysia ke Asia Tenggara, Timur Tengah dan Eropah Barat

  • OLEH Najib
  • 11:32 am
  • 22/02/2022
  • Komen
TM sertai konsortium kabel dasar laut SMW6, hubungkan Malaysia ke Asia Tenggara, Timur Tengah dan Eropah Barat
Share on FacebookShare on Twitter

Telekom Malaysia berhad (TM), syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia mengumumkan bahawa mereka telah menyertai konsortium untuk membangunkan sistem kabel dasar laut terbaharu, Southeast Asia – Middle East – Western Europe 6 (SEA-ME-WE 6). Sistem ini akan menghubungkan Malaysia dengan pelbagai negara di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Eropah Barat seperti Singapura, Bangladesh, India, Sri Lanka, Maldives, Pakistan, Oman, Djibouti, Arab Saudi, Mesir dan Perancis.

TM secara rasmi menyertai konsortium ini setelah memeterai Perjanjian Pembinaan dan Penyelenggaraan (Construction and Maintenance Agreement, C&MA) dengan kesemua ahli konsortium itu, baru-baru ini. SEA-ME-WE 6 adalah pelaburan TM terbaharu dalam sistem kabel dasar laut, selepas SEA-ME-WE 3, SEA-ME-WE 4, SEA-ME-WE 5 serta pelbagai laluan kabel antarabangsa lain di seluruh dunia.



Konsortium SEA-ME-WE 6 dianggotai oleh pelbagai syarikat telekomunikasi antarabangsa, iaitu:

  • Telekom Malaysia Berhad (TM)
  • Bangladesh Submarine Cable Company Limited (BSCCL)
  • Bharti Airtel Ltd. (Bharti Airtel)
  • Dhivehi Raajjeyge Gulhun PLC (Dhiraagu)
  • Djibouti Telecom SA (Djibouti Telecom)
  • Etihad Etisalat Company (Mobily)
  • Orange (France)
  • PT Telekomunikasi Indonesia International (Telin)
  • Singapore Telecommunications Limited (Singtel)
  • Sri Lanka Telecom PLC (SLT)
  • Telecom Egypt (TE)
  • Trans World Associates (TWA)

SEA-ME-WE 6 akan memberi TM laluan data terpantas (kependaman rendah) di antara Malaysia dan Eropah. Ia juga menjadi satu rangkaian tambahan yang berpelbagai dan berdaya tahan untuk menampung trafik berbeban tinggi antara Asia dan Eropah. Dengan kecanggihan teknologi, konsep kabel terbuka, dan reka bentuk kapasiti melebihi 100Tbps, pelaburan terbaharu ini bakal memberikan ahli-ahli konsortium kawalan penuh terhadap pengurusan trafik mereka.



Mengulas mengenai pelaburan terbaharu ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Imri Mokhtar berkata, “TM sentiasa di hadapan dalam usaha menjadikan Malaysia gerbang yang ideal bagi menghubungkan negara kita kepada dunia, serta membolehkan para syarikat teknologi global membawakan perkhidmatan-perkhidmatan digital inovatif kepada Malaysia. Perluasan kabel dasar laut terus menjadi elemen penting dalam mencapai sasaran ini.

“Pelaburan kami dalam SEA-ME-WE 6 akan membolehkan kami memenuhi keperluan kapasiti untuk permintaan digital masa hadapan yang kian meningkat merentasi Asia dan Eropah sambil terus menyediakan penyelesaian sambungan global yang diyakini, berpelbagai dan tanpa gangguan kepada para pelanggan. Ini juga akan membolehkan TM menyokong pembangunan pusat-pusat data syarikat berskala hiper (hyperscaler) serta keperluan rangkaian 5G negara pada masa hadapan.”

“Kabel dasar laut SEA-ME-WE 6 ini akan mendarat di stesen pendaratan kabel TM yang baharu di Morib, di samping empat (4) stesen pendaratan kabel milik TM sedia ada. Jaraknya yang strategik dan tidak jauh dengan Lembah Klang, yang mana ianya hampir dengan kebanyakan pusat-pusat data syarikat berskala hiper, menjadikannya tapak pendaratan kabel penting buat Malaysia.”

Tags: KABEL DASAR LAUTTM
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
TM sertai konsortium kabel dasar laut SMW6, hubungkan Malaysia ke Asia Tenggara, Timur Tengah dan Eropah Barat

TM sertai konsortium kabel dasar laut SMW6, hubungkan Malaysia ke Asia Tenggara, Timur Tengah dan Eropah Barat

22 February 2022
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER