• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Youtube kini mudahkan pengguna tahu saluran yang sedang live, tapi cirinya sama seperti Instagram & TikTok

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:42 am
  • 22/02/2022
  • Komen
Youtube kini mudahkan pengguna tahu saluran yang sedang live, tapi cirinya sama seperti Instagram & TikTok
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, Youtube akan paparkan perkataan Live pada bahagian bawah kanan Thumbnail sesebuah video, untuk menunjukkan bahawa itu ialah video yang sedang bersiaran langsung (live). Tetapi, pengguna tidak dapat tahu bahawa pencipta kandungan sedang bersiaran langsung, jika mereka lihat pada video yang lain. Namun, dengan ciri baru ini, pengguna boleh tahu bahawa akaun tersebut sedang live hanya dengan melihat pada gambar profil sahaja.

Perkara ini dikongsikan oleh ketua pegawai produk Youtube, Neal Mohan melalui Twitternya. Kini, gambar profil saluran yang sedang live akan dikelilingi dengan bulatan/cincin warna merah dan ada perkataan Live disertakan. Anda kemudian boleh tekan pada gambar profil tersebut untuk sertai siaran langsung yang sedang berjalan. Tetapi nampaknya, untuk permulaan ciri ini akan dilancarkan pada telefon sahaja.



Really focused making it easier for users to find livestreams on @YouTube so we’re rolling out the Live rings feature on mobile! @YouTubeCreators streaming live will now have a ring around the channel avatar & clicking on the avatar will take you directly to the livestream. pic.twitter.com/QylUbpktum

— Neal Mohan (@nealmohan) February 18, 2022

Jika anda perasan, ciri seperti ini juga ada pada TikTok dan Instagram. Di Tiktok, akaun yang sedang live akan ada perkataan Live pada gambar profilnya dan gambar itu dikelilingi bulatan warna merah sama seperti Youtube sekarang. Manakala di Instagram pula, gambar profil mereka akan dikelilingi bulatan bewarna-warni serta ada perkataan Live. Ciri ini memang mudahkan pengguna untuk ketahui jika sesebuah akaun itu sedang live. Jadi dengannya, pengguna tidaklah ketinggalan untuk ikuti perkembangan yang dikongsikan influencer kegemaran mereka.

Sumber

[Sumber: TheVerge]



Bacaan berkaitan

  • YouTube ada antaramuka baru di Android & iOS, boleh baca komen sambil tonton video
  • TIPS: Cara lindungi privasi di media sosial
  • Video YouTube ini yang pertama cecah takat 10 billion tontonan, apakah ia?
Tags: YouTube
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Youtube kini mudahkan pengguna tahu saluran yang sedang live, tapi cirinya sama seperti Instagram & TikTok

Youtube kini mudahkan pengguna tahu saluran yang sedang live, tapi cirinya sama seperti Instagram & TikTok

22 February 2022
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN