• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YouTube ada antaramuka baru di Android & iOS, boleh baca komen sambil tonton video

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:47 pm
  • 02/02/2022
  • Komen
YouTube ada antaramuka baru di Android & iOS, boleh baca komen sambil tonton video
Share on FacebookShare on Twitter

YouTube menyediakan antara muka baru, untuk paparan skrin penuh di aplikasi mudah alih untuk Android dan iOS. Melaluinya, pengguna boleh lakukan beberapa aktiviti dengan mudah sambil menonton video. Hal ini kerana, antara muka baru ini meletakkan butang Like, Dislike, komen, Watch Later dan Share pada bahagian bawah kiri paparan video. Maka, anda boleh akses kepada ciri itu sambil menonton video.

Contohnya, saya tekan butang komen pada sesebuah video, kemudian komen tersebut akan tertera di bahagian kanan skrin. Saya juga boleh scroll komen itu dan tulis komen yang baru sambil menonton video. Selain itu, di bahagian bawah kanan juga ada pilihan More Videos. Pilihan ini membolehkan anda melihat senarai video yang dicadangkan oleh YouTube untuk tontonan seterusnya.



Jika versi lama, anda tidak boleh lakukan aktiviti tersebut sambil menonton video. Sebaliknya, anda perlu swipe ke atas untuk dapatkan akses kepada butang-butang lain yang disediakan. Malah, anda juga tidak boleh baca komen sambil menonton video dalam skrin penuh.

Antara muka baru ini sudah mula menemui pengguna pada hari Isnin lalu. Tapi nampaknya ia belum tersedia kepada semua peranti lagi kerana saya hanya dapat gunakannya di peranti Android sahaja. Untuk iPhone, ia masih dengan antaramuka versi lama. Ciri ini memang sangat sesuai untuk individu yang suka tonton video dalam skrin penuh sambil membaca komen kerana anda tidak perlu scroll ke bawah dan meninggalkan video yang sedang ditonton, hanya untuk membaca pendapat orang lain.



[Sumber: TheVerge]

Tags: YouTube
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

YouTube ada antaramuka baru di Android & iOS, boleh baca komen sambil tonton video

YouTube ada antaramuka baru di Android & iOS, boleh baca komen sambil tonton video

2 February 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN