• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rupa PS VR2 didedahkan, maklumat tentang bila masih tiada

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:50 am
  • 23/02/2022
  • Komen
Rupa PS VR2 didedahkan, maklumat tentang bila masih tiada
Share on FacebookShare on Twitter

Entri terbaharu tentang PS VR2 oleh Sony di laman blog mereka telah mendedahkan bagaimana rupa paras PS VR2 yang akal menemui pengguna PS5 nanti.

Seperti PS VR yang asal, model generasi baharu masih hadir dengan set gogel bersama-sama dua alat kawalan. Cumanya, rekaan kali ini lebih segar dan menurut Sony, ia mengambil insirasi daripada bentkl sfera yang melambangkan pengalaman reality maya 360 darjah yang bakal dialami pemakainya.



Warna putih turut menjadi warna tema set gogel ini untuk dipadankan dengan konsol PS5 yang menggunakan warna yang sama. Sekiranya anda ingin mengetahui apakah spesifikasi PS VR2, ia sudahpun didedahkan awal tahun 2022 dan kami ada laporkannya. Antara permainan terawal yang akan memanfaatkan aksesori PS5 baharu ini adalah Horizon Call of the Mountain.

Asasnya, gogel PS VR2 menggunakan paparan OLED dengan setiap belah mata menerima sekurang-kurangnya 2000 piksel dengan kadar segar semula sehingga 120Hz. Jarak antara lensa boleh diubah untuk disuakan dengan mata pemakai.



Gogel dan alat kawalan memiliki sensor penjejak kedudukan 6 paksi. Gogel generasi baharu dilengapi kamera yang menghadap ke mata pemakai dan ia diguna untuk menjejak ke manakah mata pemakai sedang memandang.

Untuk harga, jangkakan harga yang lebih tinggi daripada PS VR asal. Sewaktu dilancarkan dulu, PS VR ada tanda harga RM1,379. Dengan segala macam sensor dan teknologi baharu saya tak pelik kalau tanda harganya melebihi RM1,500.

Sumber: Sony

Tags: ps vr2ps5psvr2Sonysony playstation 5
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Rupa PS VR2 didedahkan, maklumat tentang bila masih tiada

Rupa PS VR2 didedahkan, maklumat tentang bila masih tiada

23 February 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN