• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Zero X Pro dan Zero 5G, beri nilai tinggi untuk peranti kelas pertengahan

  • OLEH Najib
  • 11:27 am
  • 24/02/2022
  • Komen
Infinix Zero X Pro dan Zero 5G, beri nilai tinggi untuk peranti kelas pertengahan
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix adalah salah satu pengeluar peranti mampu milik, baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan berkuasa tinggi mereka, Zero X Pro dan Zero 5G. Ia merupakan tambahan dalam keluarga Zero, kali terakhir pelancarannya adalah Zero X Neo pada Oktober tahun lepas.

Kedua-dua model Infinix Zero X Pro dan Zero 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 3 Mac 2022 dengan harga jualan seperti berikut:



  • Infinix Zero X Pro (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,199
  • Infinix Zero X Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,299
  • Infinix Zero 5G (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,099

Promosi tempahan awal

Bagi meraikan kedatangan peranti terbaru ini, Infinix akan membuka tempahan awal secara eksklusif di di Kedai Rasmi Infinix AIOT di Shopee, pada 3 Mac 2022. Tempahan awal ini akan menerima diskaun RM100 dan jam Infinix SmartWatch secara percuma, terhad kepada 200 pembeli pertama.

Jika terlepas, Infinix menyediakan peluang untuk mendapatkan diskaun RM100 pada 3 hari berikut:



  • 09 Mac: Pelancaran Rasmi Produk (diskaun RM100)
  • 15 Mac: Kempen Mega Shopee (diskaun RM100)
  • 25 Mac: Jualan PayDay Shopee (diskaun RM100)

Lebih menarik lagi, mana-mana pelanggan yang membeli Infinix Zero X Pro atau Infinix Zero 5G, berpeluang untuk memenangi laptop Infinix INBook X1 Pro. Maklumat lanjut tentang peraduan ini akan diumumkan kemudia di media sosial Infinix Malaysia.

Spesifikasi Infinix Zero X Pro

Infinix menggelar Zero X pro sebagai peranti pembunuh kamera flagship, menunjukkan keyakinan mereka terhadapnya. Kamera telefon ini dilengkapi teknologi Infinix Galileo Algorithm Engine, bersama kamera periskop Moonshot 60X.

Telefon ini dipasang kamera utama 108MP OIS ultra-night, bersama kamera ultra lebar 8MP, kamera telefoto periskop 8MP dengan zum optikal 5x dan zum hibrid 60x, serta kamera makro. Kamera ini digandingkan dengan Quad-LED Flash.

Skrin telefon ini berukuran 6.67-inci jenis AMOLED HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Pengimbas capjari terdapat di dalamnya. Di atas pula, terdapat lubang kecil yang memuatkan kamera hadapan 16MP bersama dwi-LED Flash.

Prestasi tinggi telefon ini digerakkan oleh cip Mediatek Helio G95, bersama RAM 8GB dengan keupayaan RAM maya 3GB, serta storan dalaman UFS2.2 seluas 128GB. Ia menerima kad mikroSD sehingga 512GB untuk storan tambahan.

Kapasiti bateri di dalamnya sebesar 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 45W USB-C, membolehkan pengecasan dari 0-40% dalam masa 15 minit. Sistem operasi Android 11 menjadi tujang utama perisian di dalamnya.

Terdapat tiga warna disediakan untuk Infinix Zero X Pro iaitu hitam, perak dan coklat.

Spesifikasi Infinix Zero 5G

Bagi peranti ini, Infinix membawakan sebuah telefon pintar yang “kalis masa depan” kerana dilengkapi modem 5G. Infinix Zero 5G dikuasakan cip Mediatek Dimenstiy 900 5G 6nm, dengan kelajuan sehingga 2.4Ghz. Prestasi tinggi ini diperhebat dengan penggunaan RAM LPDDR5 8GB dan storan UFS 3.1, menyerupai spesifikasi peranti peranti kelas flagship.

Bagaimanapun, ia menggunakan skrin LCD 6.78-inci berkadar penyegaran 120hz. Bateri pula 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W USB-C.

Kamera pula ada tiga di belakang, menggabungkan kamera utama 48MP, kamera potret 13MP dan kamera bokeh 2MP. Di hadapan, ia menggunakan kamera 16MP yang terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin.

Terdapat tiga warna disediakan untuk Infinix Zero 5G iaitu hitam, biru dan jingga.

Tags: InfinixInfinix Zero 5GInfinix Zero X Pro
Najib

Najib

POPULAR

Infinix Zero X Pro dan Zero 5G, beri nilai tinggi untuk peranti kelas pertengahan

Infinix Zero X Pro dan Zero 5G, beri nilai tinggi untuk peranti kelas pertengahan

24 February 2022
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN