• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pusat peranginan ini terima ulasan negatif di Google & Instagram kerana namanya disebut dalam ujian pendengaran SPM

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:32 pm
  • 24/02/2022
  • Komen
Pusat peranginan ini terima ulasan negatif di Google & Instagram kerana namanya disebut dalam ujian pendengaran SPM
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah pusat peranginan di Pulau Tioman telah dihujani dengan ulasan negatif daripada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di halaman ulasan Google dan Instagram mereka. Perkara ini berlaku selepas resort tersebut yang bernama Salang Sayang Resort, disebut dalam salah satu ujian pendengaran SPM. Ia telah menyebabkan ramai calon SPM tersalah tafsir sebutan yang betul.

Pemilik resort berkenaan, Nadiah Tuan Rozaimon Azam pada mulanya berasa keliru dan terkejut apabila menerima komen tersebut pada halaman mereka. Kemudian, salah seorang pelajar SPM menjelaskan kepadanya tentang perkara tersebut melalui Instagram. Menurut individu itu, nama resort Salang Sayang ada disebut ketika ujian mendengar Bahasa Melayu mereka. Namun, perkataan Salang Sayang itu tidak jelas dan kebanyakan calon SPM tidak mengetahui tentangnya, sehinggalah mereka menemui resort ini di Internet.



Sumber

Menurut Nadiah, ramai calon yang keliru dengan nama resortnya dan ada yang dengar seperti ‘Salam Dayang’, ‘Salam Layang’ serta ‘Sembahyang Resort’. Walaupun hal ini boleh berikan impak kepada resort Nadiah, dia tetap menerima komen dan ulasan buruk itu dengan sikap positif. Nadiah berkata, ulasan itu tidak begitu mengganggunya, kerana dia memahami bahawa pelajar yang terlibat sedang kecewa dan kerana itulah mereka bertindak meninggalkan ulasan tersebut.

Dia juga menambah bahawa, sebelum ini tiada siapa yang tahu tentang kewujudan Salang Sayang Resort. Namun kini, ramai yang tahu tentang kewujudan resort itu.



View this post on Instagram

A post shared by SalangSayangResort (@salangsayangresort)

Apabila saya lihat halaman ulasan Google Salang Sayang Resort pada hari ini, nampaknya ulasan negatif yang ditulis oleh calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah dipadam. Namun, apabila saya buat carian berkaitan Salang Sayang Resort dan SPM di Twitter, kelihatan isu ini masih lagi menjadi perbualan.

Halaman ulasan di Google sangat berguna, ia boleh bantu individu untuk berkongsi pengalaman apabila mengunjungi ke sesebuah lokasi. Selain itu, ia turut membantu perniaga menerima pelanggan baru. Malah, saya juga pilih untuk menilai kualiti sesebuah kawasan percutian berdasarkan reviu di Google sebelum memutuskan untuk mengunjunginya. Jadi, gunakanlah halaman ulasan itu dengan betul dan pastikan perkara yang ditulis boleh mendatangkan faedah kepada orang yang membaca.

[Sumber: Malaymail]

Tags: spm
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Pusat peranginan ini terima ulasan negatif di Google & Instagram kerana namanya disebut dalam ujian pendengaran SPM

Pusat peranginan ini terima ulasan negatif di Google & Instagram kerana namanya disebut dalam ujian pendengaran SPM

24 February 2022
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER