• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

3G di Malaysia masih belum ditutup kerana banjir, masih ada 400 ribu pengguna menanti untuk berubah ke 4G

  • OLEH Najib
  • 1:13 pm
  • 28/02/2022
  • Komen
3G di Malaysia masih belum ditutup kerana banjir, masih ada 400 ribu pengguna menanti untuk berubah ke 4G
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia telah merancang untuk menamatkan rangkaian 3G pada penghujung tahun 2021, tetapi masih ada tapak 3G yang beroperasi sehingga kini. Perkara ini dimaklumkan di dalam laporan kemaskini JENDELA suku keempat 2021.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), sebanyak 80% daripada 253,860 tapak rangkaian 3G telah tamat ditutup, meninggalkan lagi 50,486 tapak 3G masih beroperasi. Jadi, tidak menghairankan jika masih ada pengguna menerima liputan 3G di sesetengah kawasan 4G yang tidak stabil.



SKMM menambah, beberapa tapak 3G tidak dapat ditutup kerana bencana banjir dan musim monsun. Kerana itu, sasaran baru untuk menutup semua tapak 3G di Malaysia ditetapkan pada 31 Mac 2022. Spektrum untuk 3G akan digunakan semula untuk meningkatkan liputan dan kapasiti rangkaian 4G.

Pada minggu terakhir Disember 2021, Digi telah mengumumkan bahawa mereka menangguhkan penutupan tapak 3G di beberapa kawasan Utara dan Tengah, kerana musibah banjir. Berkenaan peralihan pengguna, sebanyak 79% pengguna 3G telah bertukar ke peranti 4G. SKMM menyatakan bahawa mereka telah mengingatkan baki 21% pengguna 3G (440,582) dan mereka membalas bahawa sedang menantikan rangkaian 3G ditutup sepenuhnya sebelum beralih ke peranti 4G.



Pengguna dinasihatkan untuk bertukar ke peranti 4G yang lebih baharu supaya mereka boleh terus menikmati internet mudah alih berkelajuan tinggi serta kualiti panggilan lebih tinggi menerusi VoLTE. Bagaimanapun, pengguna 3G masih boleh menggunakan peranti lama walaupun rangkaian 3G telah ditamatkan, tetapi ia hanya bersambung ke rangkaian 2G yang lebih perlahan. Bermakna, hanya untuk panggilan suara dan SMS.

Pada tahun 2021 sahaja, sebanyak 13,807 tapak stesen 3G telah dinaik taraf kepada teknologi 4G, di samping 250 menara baru 4G telah dibangunkan di seluruh negara. SKMM mengesahkan bawah terdapat aduan pengguna tentang liputan selepas 3G ditamatkan dan mereka sedang bekerjasama rapat dengan syarikat telekomunikasi untuk menyelesaikannya.

Untuk memperbaiki masalah liputan dengan segera, SKMM menggalakkan orang ramai untuk membuat laporan menerusi laman peta JENDELA. Selepas laporan diterima, ia akan disalurkan segera kepada syarikat telekomunikasi yang bertanggungjawab untuk tindakan segera.

Bacaan Berkaitan

  • Digi akan tamatkan 3G di seluruh negara mulai 6 Disember
  • Digi tangguh tutup 3G di Wilayah Tengah dan Utara, fokus kepada kesinambungan di kawasan banjir
  • Periksa liputan talian mudahalih di tempat anda menggunakan peta JENDELA
Tags: JENDELASKMM
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
3G di Malaysia masih belum ditutup kerana banjir, masih ada 400 ribu pengguna menanti untuk berubah ke 4G

3G di Malaysia masih belum ditutup kerana banjir, masih ada 400 ribu pengguna menanti untuk berubah ke 4G

28 February 2022
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN