• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Internet darat terjejas dek Russia, Ukraine beralih kepada capaian satelit

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:20 pm
  • 01/03/2022
  • Komen
Internet darat terjejas dek Russia, Ukraine beralih kepada capaian satelit
Share on FacebookShare on Twitter

Serangan yang berlaku ke atas Ukraine memusnahkan banyak benda. Bukan sahaja kapal terbang terbesar dunia, malahan infrastruktur Internet juga terkesan. Contohnya, pemerhati bebas trafik Internet mendapati trafik Internet untuk salah satu bandar di negara itu, Kharkiv menurun sebanyak 15% yang menandakan berlaku gangguan Internet di sana.

Sumber

Makanya, Timbalan Perdana Menteri Ukraine mengutuskan Tweet memohon Starlink mewujudkan rangkaian Internet mereka di negara itu kerana servis Starlink berhubung secara langsung dengan satelit dan risiko untuk diganggu pihak penjajah lebih rendah.



Sumber

Beberapa hari kemudian, Elon Musk membalas Tweet itu dengan menyatakan yang Starlink diaktif untuk Ukraine dan piring satelit sedang dihantar ke sana.

Sebahagian perkakasan Starlink yang dilapor tiba di Ukraine (sumber)

Tidaklah diketahui ia ditawarkan secara percuma di sana ataupun ada perjanjian lain yang berlaku disebalik tabir. Jika tidak percuma, ini sangat menguntungkan Starlink.



Kalau anda berada dalam kawasan liputan Starlink dan ingin melanggannya, plan termurah yang ditawarkan adalah USD99/bulan (RM415/bulan) diikuti dengan USD499 (RM2,093) untuk piring satelit. Kelajuan yang ditawarkan adalah sehingga 20Mbps tapi yang menariknya tiada kuota dikenakan.

Sumber

Sebagai perbandingan, ConnectMe yang menyediakan perkhidmatan hampir sama degnan Starlink menawarkan servis mereka pada harga serendah RM198/bulan untuk kelajuan sehingga 25Mbps dan kuota sebanyak 60GB.

Sumber

Kemudian, anda perlu bayar RM198 deposit dan RM198 lagi pendahuluan bulanan dan RM700 yuran pemasangan beserta 24 bulan kontrak. Jadi, bila anda ingin pasangnya, anda perlu keluarkan tunaisekurang-kurangnya RM1,096 tak termasuk SST.

Sumber: Gambar Pemuka

Tags: Elon MuskinternetStarlinkukraine
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih

Lebih 100 juta isi rumah dikesan kongsi akaun Netflix, bayaran akan dikenakan tak lama lagi

20 Januari 2023
Internet darat terjejas dek Russia, Ukraine beralih kepada capaian satelit

Internet darat terjejas dek Russia, Ukraine beralih kepada capaian satelit

1 Mac 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER