• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Digi perbaharui 3 pelan prabayar NEXT, kini hadir dengan lebih data

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:26 pm
  • 03/03/2022
  • Komen
Digi perbaharui 3 pelan prabayar NEXT, kini hadir dengan lebih data
Share on FacebookShare on Twitter

Kemas kini 10 Mac 2022

Digi telah mengemas kini laman produk rasmi prabayar NEXT. Anda tekan mana-mana link berikut untuk maklumat lanjut:



FAQ
Product Disclosure Sheet
Terma & Syarat


Digi melaporkan yang mereka telah mengemas kini 3 penawaran pelan Internet Prabayar NEXT mereka. Pelan yang terlibat adalah NEXT 15, NEXT 30, dan NEXT 35.



Penawaran baru

Bermula dengan yang termurah, pada RM15/bulan, anda beroleh 6GB kuota Internet. Kalau anda melanggannya dengan fungsi auto-renewal, anda turut akan menerima servis Unlimited Social. Ia membolehkan anda menggunakan APP TikTok, Instagram, Twitter, dan Facebook tanpa perlu memakan kuota 6GB tadi.

Penawaran lama

Tak terhad kepada Unlimited Social, pelanggan turut terima kuota hotspot sebanyak 1GB. Kuota hotspot ini adalah satu peruntukkan khas yang akan digunakan boleh anda ingin berkongsi Internet dengan peranti-peranti sekeliling. Ia tidak akan menggunakan peruntukan 6GB tadi sehinggalah 1GB telah habis digunakan.

Pelan NEXT 30 pula berikan kuota 20GB, Unlimited Social dan kuota hotspot 2GB. Pelan terakhir adalah NEXT 35 yang berikan kuota 30GB, Unlmited Social, kuota hotspot 3GB, dan panggilan tanpa had.

Ada beberapa pas booster boleh dipilih untuk jadi tambahan kepada perkara-perkara sedia ada seperti:

  • Pas internet tambahan pada harga serendah RM3 untuk 1.5GB
  • Kuota panggilan serendah RM5 untuk 60 minit untuk dua pelan NEXT yang tiada panggilan tanpa had
  • Pas musik tanpa had RM3 untuk 10 APP terpilih
  • Pas video tanpa had RM20 untuk 10 APP terpilih
  • Pas 20GB kuota hotspot tambahan pada harga RM15
Walaupun tarikh 2 Mac 2022
Pautan masih bawa kami ke dokumen bertarikh 24 Februari 2022

Walau bagaimanapun, agak sukar untuk mempelajari lebih mendalam tentang pembaharuan yang dibawakan Digi. Hal ini kerana, mereka masih tidak mengemas kini dokumen Terma & Syarat produk-produk mereka untuk memaparkan maklumat produk terbaharu mereka.

Apa-apa pun, anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: digidigi nextdigi prabayardigi prabayar nextdigi prepaid
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Digi perbaharui 3 pelan prabayar NEXT, kini hadir dengan lebih data

Digi perbaharui 3 pelan prabayar NEXT, kini hadir dengan lebih data

3 March 2022
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER