• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

Ketahui jenis & fungsi Pen Stylus, dapatkan yang serasi dengan peranti anda

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:49 am
  • 06/03/2022
  • Komen
Ketahui jenis & fungsi Pen Stylus, dapatkan yang serasi dengan peranti anda
Share on FacebookShare on Twitter

Pen Stylus ada banyak kegunaannya. Contohnya, ia boleh bantu anda menavigasi skrin dengan senang ketika jari sedang basah, serta tingkatkan ketepatan menulis dengan banyak dan mengurangkan typo. Ada peranti moden kini disertakan dengan stylus, contohnya Samsung Galaxy S22 Ultra. Tapi, jika peranti itu tiada pen stylus, contohnya seperti Galaxy Tab S7 FE dan iPad, maka anda perlu belinya secara berasingan.

Jika anda kurang pasti mengenai jenis pen stylus yang sesuai dengan peranti anda dan fungsi setiap jenis itu, berikut merupakan panduan yang boleh anda rujuk.



Jenis Pen Stylus

Ada dua jenis pen stylus utama yang boleh anda dapatkan, iaitu pen aktif dan kapasitif. Jenis kapasitif mempunyai getah di hujungnya, yang berfungsi menggantikan sentuhan jari anda. Manakala jenis aktif pula lebih canggih. Ia boleh bantu anda menulis dan melukis dengan lebih baik.

1. Stylus kapasitif

Jika anda kurang suka menyentuh butang kecil dan papan kekunci pada skrin menggunakan jari, maka stylus kapasitif boleh bantu selesaikan masalah itu. Ia akan jadikan peranti lebih mudah dinavigasi. Stylus kapasitif menggunakan hujung getah atau nib, untuk aktifkan titik sensitif sentuhan pada skrin. Ia boleh digunakan pada telefon pintar dan laptop yang ada skrin sentuh. Boleh juga dimanfaatkan pada peranti lain seperti radio pintar dalam kenderaan. Kebanyakan stylus jenis ini tidak memerlukan bateri.



Ketika memilih stylus kapasitif, anda perlu lihat dari segi saiz dan berat pen serta saiz nib. Hal ini kerana, nib yang lebih kecil menghasilkan lebih ketepatan. Ada juga yang dicipta dengan sambungan Bluetooth dan mempunyai sekurang-kurangnya satu butang. Perkara yang boleh dilakukan butang itu bergantung pada peranti dan aplikasi yang digunakan, contohnya, mengaktifkan pemadam.

Sumber

2. Stylus aktif

Stylus aktif sesuai digunakan apabila anda ingin melukis atau menulis banyak nota. Pengalamannya hampir seperti menulis di atas kertas. Ia kurang bagus untuk navigasi pada skrin kerana ia direka licin sedikit pada skrin. Untuk guna stylus aktif, peranti perlu mempunyai skrin ‘digitizer, iaitu lapisan tambahan pada skrin sentuh yang boleh mengesan stylus aktif.

Selain itu, anda juga harus cuba padankan jenama pen stylus aktif dengan jenama peranti. Hal ini supaya pen dapat berfungsi dengan baik. Contohnya Apple Pencil untuk iPad, Microsoft Surface Pen sesuai untuk Surface Pro 4 dan S Pen serasi dengan Samsung Galaxy.

Tapi, anda perlu tahu, harga stylus aktif lebih mahal berbanding kapasitif. Ia juga tidak berfungsi pada semua aplikasi. Untuk gunakannya, anda mungkin perlu pasang perisian khas pada telefon.

Untuk dapatkan pen stylus yang betul, anda perlulah pilih pen berdasarkan jenis peranti yang anda gunakan dan ketahui keperluan anda untuk milikinya. Jika anda perlukannya untuk memudahkan taip dan menavigasi, maka anda boleh pilih stylus kapasitif. Sekiranya mahu menulis dengan cepat dan melukis pelbagai rekaan, stylus aktif adalah pilihan yang sepadan.

[Sumber: Which]

Tags: stylus pen
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Ketahui jenis & fungsi Pen Stylus, dapatkan yang serasi dengan peranti anda

Ketahui jenis & fungsi Pen Stylus, dapatkan yang serasi dengan peranti anda

6 March 2022
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN