• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tempah Huawei Nova 9 SE sebelum dilancar untuk menang hadiah bernilai RM3,442

  • OLEH Najib
  • 4:09 pm
  • 08/03/2022
  • Komen
Tempah Huawei Nova 9 SE sebelum dilancar untuk menang hadiah bernilai RM3,442
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu acara pelancaran pada hari Jumaat ini, 11 Mac 2022. Pada acara tersebut, mereka akan memperkenal telefon pintar kelas pertengahan yang baru, dikenali sebagai Huawei Nova 9 SE.

Majlis pelancaran akan diadakan secara maya, di Facebook Huawei Malaysia pukul 3 petang. Pastinya harga jualan, serta promosi pembelian awal akan dinyatakan semasa pelancaran kelak.



Bayar deposit RM20 untuk cabutan bertuah

Sebelum hari pelancaran tiba, Huawei telah mula membuka tempahan awal untuk Nova 9 SE, dari 4 Mac sehingga 11 Mac 2022, pukul 3.59 petang. Tarikan untuk tempahan awal ini adalah peluang untuk memenangi baucar Huawei bernilai sehingga RM1,888.

Caranya, pergi ke Stor Online Huawei Malaysia dan buat tempahan awal Nova 9 SE disana, dengan membayar deposit RM20 sebelum tamat tempoh. Deposit ini tidak akan dipulangkan. Kemudian, buat baki bayaran antara 11 Mac sehingga 18 Mac 2022.



Dengan ini, pembeli berpeluang untuk memenangi salah satu dari baucar Huawei yang boleh digunakan untuk membeli produk Huawei tertentu iaitu:

  • Hadiah Pertama – Baucar Huawei RM1,888 (MateBook D14 i3, berharga RM2,349)
  • Hadiah Kedua – Baucar Huawei RM888 (MatePad 10.4 LTE 64GB, berharga RM1,399)
  • Hadiah Ketiga – Baucar Huawei RM666 (Watch GT 3 42mm White Leather, berharga RM1,099)

Jika anda berminat untuk membuat tempahan awal Nova 9 SE dengan deposit RM20, boleh pergi ke Stor Online Huawei Malaysia di sini. Untuk rujukan, Huawei Nova 9 yang lebih berkuasa dijual pada harga RM1,999 dengan RAM 8GB dan storan 256GB.

Spesifikasi

Huawei memasarkan Nova 9 SE sebagai peranti kelas pertengahan berkuasa tinggi. Cip yang menjadi tunjang utamanya masih tidak dinyatakan, termasuk saiz RAM dan storan. Tetpi ada dikongsikan bahawa ia adalah cip keluaran Qualcomm 6nm. Apa yang ditekankan adalah kameranya kerana ia memiliki kamera utama 108MP.

Skrinnya berukuran 6.78-inci, jenis LCD dan kadar penyegaran 60Hz. Satu lagi yang kuat diperkatakan Huawei adalah ia menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 66W, untuk mengisi tenaga ke dalam bateri 4,000mAh di dalam Nova 9 SE.

Terdapat tiga warna disediakan untuk Nova 9 SE iaitu putih, hitam dan biru.

Antara perkara penting yang perlu diketahui adalah, peranti Huawei masih tidak lagi menyokong perkhidmatan Google. Pemasangan aplikasi pula boleh dilakukan menerusi pustaka Huawei AppGallery atau carian APK di Petal Search. Selain itu, dijangka tiada sokongan 5G seperti yang terjadi di Huawei P50 Pro.

Bacaan Berkaitan

  • Huawei P50 Pro & P50 Pocket: Maklumat Penjualannya di Malaysia
  • Huawei P50 Pocket, telefon lipat kompak dengan kamera True Chroma & Ultra Spectrum
  • Huawei Nova 9 pertaruh kehebatan kamera 50MP RYYB dengan harga premium
Tags: HuaweiHuawei Nova 9 SE
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Tempah Huawei Nova 9 SE sebelum dilancar untuk menang hadiah bernilai RM3,442

Tempah Huawei Nova 9 SE sebelum dilancar untuk menang hadiah bernilai RM3,442

8 March 2022
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER